Sudah lima hari PRU14 melabuhkan tirai, namun pelantikan Menteri Besar bagi mengemudi negeri Tok Gajah masih belum dimuktamadkan.
Meskipun, BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya apabila menangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dun, tetapi pelantikan pemimpin yang menerajui negeri ini masih menjadi tanda tanya.
Ini terjadi mungkin disebabkan pelbagai senario menarik susulan daripada beberapa perkembangan terkini dalam arena politik tanah air menyebabkan pemilihan Menteri Besar perlu diteliti dan diperhalusi sebaiknya.
Namun begitu, pemerhati politik meramal, kemungkinan Adun Pelangai, Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi berkenaan pada penggal buat kali ketiga, memandangkan beliau sudah berkhidmat sebagai Adun hampir 19 tahun.
Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar dilakukan, kelmarin, bagaimanapun ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada Istana Pahang mengenali muka baharu yang memenangi kerusi Dun pada PRU14 lalu.
Penangguhan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi daripada pemerhati politik yang mendakwa kemungkinan ada calon menteri besar baharu yang akan mengurus tadbir negeri ini.
Adnan diramal kekal, calon sesuai
Penganalisis Politik, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Che Hamdan Che Mohd Razali menjangkakan Adnan akan terus mengekalkan sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini.
Menurutnya, ini kerana Adnan mempunyai pengalaman luas semasa berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Kali ini Tun Mahathir sekali lagi menjadi pemimpin nombor satu negara, jadi saya dapat rasakan beliau (Adnan) mampu jadi orang pengantaraan dan menjalinkan hubungan baik di peringkat Kerajaan Pusat.
“Saya yakin hubungan baik antara mereka berdua penting bagi memastikan kelancaran pembangunan di Pahang, malah Tun Mahathir adalah individu yang melantik Adnan sebagai Menteri Besar menggantikan Tun Khalil Yaakob pada 1999.
“Landskap politik kini berubah kerana Kerajaan Pusat ditadbir oleh Harapan bukan lagi BN. Jadi, pembawaan seorang Menteri Besar yang bukan datang daripada parti sama adalah penting. Agak sukar jika orang baharu dilantik dan tidak ada hubungan baik dengan Tun Mahathir.
“Kita tahu Adnan sebelum ini tidak pernah bercakap buruk mengenai Tun Mahathir dan turut menyatakan dirinya terhutang budi dengannya kerana melantik sebagai Menteri Besar pada 1999. Mungkin mudah baginya berurusan dengan Kerajaan Pusat dipimpin Harapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Adnan menang dengan majoriti 2,312 mengalahkan pencabarnya dari Calon PKR, Nor Haizan Abu Hassan (3,098) dan calon Pas, Zaharim Osman (1,817) pada PRU14.
Shafik Fauzan, Wan Rosdy antara calon sesuai
Che Hamdan berkata, sekiranya Adnan tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, kemungkinan Adun Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan dan Adun Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipilih menggalas jawatan tersebut.
Namun begitu menurutnya, keputusan itu terpulang kepada pihak Istana dalam menentukan calon yang dirasakan sesuai selepas mendapat sokongan majoriti pemimpin Umno.
“Saya ramal dua pemimpin ini dari segi kredibiliti mereka menonjol berbanding Adun lain.. Nak kata yang terbaik saya tak kenal mereka, tetapi dari segi maklum balas semasa kerja di lapangan, dua individu ini yang disebut-sebut oleh pengundi di Pahang sekiranya jawatan Menteri Besar mahu ditukar,” katanya.
Pada PRU14, Shafik Fauzan menang dengan majoriti 2,165 undi mengalahkan calon Pas, Dr. Wan Maseri Wan Mohd (3,403) dan calon PKR, Fakhrul Anuar Zulkawi (1,806) menyebabkan beliau mengekalkan kemenangan tiga penggal di kawasan terbabit.
Wan Rosdy pula menang meraih 5,858 undi dengan menyumbangkan tiga penyabarnya iaitu calon PKR, Abdul Rasid Mohamed Ali (1,298), calon Pas, Abdul Karim Nor (2,351) dan calon Bebas, Mat Nor Ayat (299).
Beliau secara rasmi menang di Dun Jelai dengan majoriti 3,507.
Ditanya adakah Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Adun Lanchang mampu dipilih untuk menggalas jawatan itu, Che Hamdan berkata, kemungkinan Mohd Sharkar berminat, tetapi ia tidak mendapat sokongan majoriti dari Umno dan istana.
“Ini kerana Sharkar mempunyai konflik dalaman (internal conflict),” katanya.
Shafik Fauzan calon layak, mungkin ada formula pulihkan Umno
Seandainya, bukan Adnan yang dilantik sebagai Menteri Besar, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, Shafik Fauzan antara calon Adun yang paling layak dilantik bagi memegang jawatan itu.
Katanya, ini kerana Shafik Fauzan sudah tiga penggal berada di bawah Parlimen Kuantan yang dipayungi pembangkang, namun beliau mampu mempertahankan kerusinya itu menerusi formula mendekati rakyat secara terus yang dilakukan olehnya.
Menurutnya, malah majoriti yang diraih pada PRU kali ini juga berlaku pertambahan iaitu daripada 1,944 (PRU13) kepada 2,165.
“Saya yakin, jika Shafik Fauzan dilantik beliau mampu menjadi penghubung antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, malah beliau juga sudah ada perhubungan dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh selama tiga penggal bagi membolehkan segala peruntukan disalurkan kepada kerajaan Pahang.
“Jadi dalam konteks ini, saya rasakan Shafik Fauzan layak untuk mentadbir, selain Adnan. Tapi dalam masa sama Shafik Fauzan perlu menggunakan formula yang digunakan untuk menarik pengundi memberi sokongannya untuk memulihkan BN dan Umno,” katanya.
Beliau menegaskan, Shafik Fauzan satu-satunya Adun di negeri ini yang dilihat berpotensi untuk menjadi Menteri Besar Pahang, disebabkan survival yang sudah hampir 10 tahun berada di bawah kekuasaan pembangkang iaitu PKR.
Dalam pada itu, Md Shukri berkata, hubungan baik beliau dengan ahli dan kepimpinan BN dan Umno juga membolehkan beliau mendapat sokongan majoriti mudah, di samping mendapat restu daripada pihak istana bagi jawatan tersebut.
“Saya juga berpendapat, Shafik Fauzan boleh mewujudkan hubungan yang dinamik dengan Tun Mahathir dan pasti ia akan memudahkan urusan membabitkan kerajaan negeri di peringkat Kerajaan Pusat.
“Malah, Shafik Fauzan juga boleh menjadikan Fuziah sebagai jambatan untuk tujuan memajukan negeri seperti sebelum ini,” katanya.
Sinar Harian
Mon May 14 2018
Adnan, Shafik dan Wan Rosdy. - Foto Sinar Harian
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.