awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat tanpa kompromi kegiatan e-waste haram - Tengku Hassanal

Bernama
Bernama
14/08/2024
13:00 MYT
Siasat tanpa kompromi kegiatan e-waste haram - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meminta siasatan dibuat secara telus dan tanpa kompromi berhubung kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meminta siasatan dibuat secara telus dan tanpa kompromi berhubung kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram.
Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) atas kejayaan menumpaskan kes berkenaan khususnya di kawasan Salong, Pekan dan Bukit Ibam di Muadzam Shah.
Menerusi kenyataan media, Tengku Hassanal memberikan sokongan penuh kepada pihak polis untuk mempergiatkan dan meneruskan operasi membanteras aktiviti haram di negeri itu.
Baginda juga meminta agensi penguat kuasa yang lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Alam Sekitar Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih tegas bagi membendung jenayah alam sekitar.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal meminta semua pihak menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menjaga khazanah berharga seperti flora dan fauna serta sumber air di Pahang.
Polis menahan 55 individu termasuk seorang bergelar 'Datuk' kerana disyaki menjalankan kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram dalam serbuan di tujuh kilang di beberapa negeri minggu lepas.
Siasatan bermula selepas dimaklumkan secara peribadi oleh seorang kerabat diraja mengenai keresahan rakyat berhubung kesan buruk kegiatan kilang memproses sisa elektronik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sisa buangan elektrik dan elektronik
#e-waste
#Tengku Mahkota Pahang
#Siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan