awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2023
04:19 MYT
Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN
Roger Ng dihantar balik ke Malaysia bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB atau Goldman Sachs. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa sudah tiba di Malaysia, bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Bagaimanapun, Razarudin enggan mendedahkan lokasi keberadaan Roger Ng pada masa ini atas faktor keselamatan.
"Saya sahkan, dia (Roger Ng) sudah berada di negara ini selepas tiba tengah malam tadi," katanya pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, Roger Ng dijangka tiba di Malaysia tengah malam Sabtu, bagi membantu proses siasatan berkaitan skandal 1MDB.
Beliau dilaporkan berkata, tempoh berapa lama Roger Ng akan berada di Malaysia adalah bergantung kepada proses siasatan.
Roger Ng dihantar balik ke Malaysia bagi tujuan pihak berkuasa di Malaysia meneruskan siasatan mengenai 1MDB atau Goldman Sachs.
Sebelum itu, Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie di Brooklyn, telah mengarahkan Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS supaya dia boleh diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.
Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana kekayaan 1MDB akan diserahkan kepada Malaysia.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Roger Ng
#1MDB
#tiba di Malaysia
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan