awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan berkaitan Ismail Sabri: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/03/2025
11:05 MYT
Siasatan berkaitan Ismail Sabri: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
SPRM memberitahu, rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di sebuah kediaman dan tiga buah pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse'.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ringkasan AI
  • SPRM merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkang emas bernilai RM7 juta dalam siasatan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'safehouse', hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail yang ditahan bulan lalu.
  • Ismail telah mengisytiharkan harta pada Februari lalu, dan SPRM akan memanggil 10 individu lagi untuk membantu siasatan yang tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana semasa beliau menerajui negara.

SPRM memberitahu, rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di sebuah kediaman dan tiga buah pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse'.
Penggeledahan itu dilakukan hasil siasatan yang dijalankan ke atas empat pegawai kanan Ismail yang ditahan pada bulan lalu.
Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Bera itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu untuk direkodkan keterangan.
"Namun SPRM tidak menolak kemungkinan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Ahad.
SPRM menambah, sebelum itu pada 11 Disember lalu, Ismail diarah untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu.
Tambah SPRM lagi, pihaknya akan memanggil 10 individu lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Siasatan itu menurut SPRM adalah tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika beliau menerajui negara.
SPRM sekali lagi menegaskan siasatan akan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
SPRM juga komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#pengubahan wang haram
#SPRM
#jongkong emas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan