Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata terdapat dakwaan sebelum ini ada pihak yang menawarkan untuk menjual netbook 1Malaysia.
Tetapi beliau berkata tiada bukti untuk mengesahkan tindakan mereka itu dan untuk menjalankan siasatan.
"Dan sekarang dakwaan itu berbangkit semula dan dipaparkan di Facebook di mana mereka menawarkan untuk menjual netbook antara RM100 dan RM300.
"Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar sebab sesiapa sahaja boleh paparkan jualan di Facebook. Ini boleh jadi penipuan. Bagaimana seseorang boleh mempunyai banyak netbook untuk dijual?," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas isu itu di sini malam tadi yang dibangkitkan oleh Timbalan
Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai baru-baru ini. Salang berkata netbook itu diberi kepada rakyat yang memerlukannya.
"Saya tidak fikir mereka yang berkenaan harus mengambil jalan pintas untuk mendapat beberapa ratus ringgit, kerana mereka tidak akan dapat nilai daripada manfaat memiliki netbook itu," katanya.
Terdahulu ketika menghadiri majlis '1Malaysia Bersama Pemimpin' di Rh. Geramong di Nanga Ayam, Julau, Salang berkata Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang berjiwa rakyat yang berhak mendapat sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.
"Ia telah mencapai banyak kejayaan untuk negara, memenuhi harapan dan permintaan rakyat dan banyak lagi yang sedang dan akan dilakukan.
"Para pengundi harus memberi (BN) peluang sekali lagi terutama untuk memenuhi semua janji kerajaan," katanya.
Katanya rakyat tidak perlu membazirkan undi mereka mengundi individu yang mewakili parti politik pembangkang yang tidak mempunyai agenda praktikal untuk rakyat walaupun calon tersebut adalah saudara atau rakan-rakan mereka.
Pada sebelah petangnya beliau menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh guru-guru yang berkhidmat di sekolah luar bandar di Julau di mana mereka berjanji memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau dan kerajaan BN.
Bernama
Sun Dec 02 2012
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Lelaki menyamar pegawai SKMM tawar netbook 1Malaysia
SKMM mengesan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai SKMM dan menawarkan Netbook 1Malaysia yang baharu, jika mangsa membayar sejumlah deposit kepadanya.
Guru akan diberi Netbook 1Malaysia - Ahmad Shabery
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.
Siasatan dibuat jika ada bukti netbook 1Malaysia dijual
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata terdapat dakwaan sebelum ini ada pihak yang menawarkan untuk menjual netbook 1Malaysia.