awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kematian menantu TPM Syed Alman Zain hampir selesai - Subramaniam

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
12/06/2016
04:58 MYT
Siasatan kematian menantu TPM Syed Alman Zain hampir selesai - Subramaniam
Siasatan sepenuhnya kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi (gambar) mungkin akan selesai dalam minggu ini. -Gambar fail
Siasatan kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar hampir selesai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata siasatan sepenuhnya mungkin akan selesai dalam minggu ini.
Katanya, siasatan Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti punca kematian menantu timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sudah siap 100 peratus.
"Polis mungkin akan selesaikan siasatan mereka dalam minggu ini. Bila dua-dua pihak selesai siasatan mereka, kita boleh mengambil tindakan mengikut perundangan yang ada di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
"Polis akan lihat dari sudut Kanun Prosedur Jenayah dan tindakan apa yang boleh mereka ambil di bawah kuasa yang mereka ada," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan program 'Beyond Football Talent Search Carnival' di sini, hari ini.
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung TPM, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia ketika menjalani rawatan gigi di Bangsar pada 1 Jun.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik itu pada kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan.
Allahyarham kemudian dilapor tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#klinik pergigian
#menantu tpm
#rawatan gigi
#subramaniam
#Syed Alman Zain Syed Alwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan