Pasukan Petugas Khas yang menyiasat urus niaga mata wang asing yang melibatkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, menyasar untuk melaporkan hasil siasatan kepada kabinet dalam tempoh tiga bulan.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia akan merangkumi perakuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, sekiranya perlu, bagi meneruskan siasatan dengan lebih terperinci.
Kabinet telah melantik Mohd Sidek sebagai pengerusi pasukan berkenaan pada 22 Februari 2017.
Mohd Sidek berkata, terma rujukan pasukan itu adalah menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM di dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.
Selain itu, sejauh mana terdapat tindakan tersembunyi maklumat kerugian dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenai kepada Parlimen
Pasukan itu juga, katanya, akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan, termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan tersebut.
Pasukan petugas itu akan terdiri daripada enam ahli lain, iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Datuk Azam Baki, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.
Mereka yang lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon (yang juga bekas Pengarah Urusan Shell Malaysia dan bekas Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia) dan Rakan Kongsi Guaman, Jahaberdeen & Co, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Setiausaha dan Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Khas ini ialah Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.
Mohd Sidek berkata, pasukan petugas itu akan meneliti semua aspek kes, termasuk peranan dan fungsi BNM dan/atau mana-mana badan korporat atau individu dalam urus niaga spekulasi mata wang asing, termasuk perkara berkaitan kelulusan dan pengurusan aktiviti.
Ia juga akan mengkaji pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan peranan dan fungsi BNM dalam urus niaga mata wang asing dan sama ada terdapat tindakan untuk menutup skala sebenar kerugian BNM dan individu terlibat, katanya.
Sebagai sebahagian siasatan ini, Mohd Sidek berkata, pihaknya menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada Sekretariat Pasukan Petugas Khas, Aras 5, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, No 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi 03-80008000. -- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Pasukan Petugas Khas yang menyiasat urus niaga mata wang asing yang melibatkan kerugian BNM pada 1990-an, menyasar untuk melaporkan hasil siasatan kepada kabinet dalam tempoh tiga bulan. -Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.