Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1MDB sudah hampir 60 peratus selesai, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Azam berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi-saksi dalam negara.

Menurutnya siasatan berhubung wang penyelewengan sejumlah RM2.6 bilion itu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

"Baki 40 peratus lagi keterangan diperlukan daripada saksi di luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura.

“Beri masa kepada kami untuk mendapatkan keterangan daripada saksi di luar negara, termasuk di Amerika dan Singapura," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini,” katanya.