awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
07/06/2021
07:41 MYT
Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut
Jelas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, kes masih disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. - Foto Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Tahanan reman ke atas ahli politik yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, disambung tiga hari, sehingga 9 Jun depan.
Difahamkan, siasatan kes membabitkan bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu kini membabitkan dua hingga tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, permohonan penyambungan tahanan reman sudah dibuat pasukan siasatan polis.
Katanya, ia bagi membantu siasatan berhubung suspek sebelum tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendakwaan dilakukan.
“Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
3 Jun lalu, suspek yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis.
Lelaki terbabit ditahan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya 19 Mei lalu.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya dan mangsa turut bertindak menepis tangan suspek
Topic Berkaitan
#cabul
#Unduk Ngadau Pesta Kaamatan
#Pesta Kaamatan
#pesuruhjaya polis
#penjara
#STAR
#Datuk Hazani Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan