awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes hakim Mohd Nazlan selesai, SPRM serah kertas siasatan

Bernama
Bernama
21/05/2022
12:01 MYT
Siasatan kes hakim Mohd Nazlan selesai, SPRM serah kertas siasatan
SPRM telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lepas untuk kajian dan arahan selanjutnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lepas untuk kajian dan arahan selanjutnya.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah selesai melakukan siasatan kes itu.
"Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan," menurut SPRM.
Pada 23 April lepas, akhbar tempatan melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara tersebut.
Baru-baru ini, Mohd Nazlan yang mendengar kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April memaklumkan bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Hakim Makhamah Rayuan
#Mohd Nazlan Mohd Ghazali
#Jabatan Peguam Negara
#siasatan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan