Siasatan kes polis tembak tiga lelaki di Melaka akan ikut prosedur - Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution menegaskan, beliau tidak akan mendahului proses klasifikasi siasatan di bawah seksyen undang-undang tertentu kerana ia adalah bidang kuasa penyiasat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Siasatan kematian tiga lelaki yang ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 November lalu akan dijalankan mengikut prosedur ketat termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan peraturan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan Jawatankuasa Penyiasat khas di Bukit Aman bagi siasatan kematian tiga lelaki yang dipercayai ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka, akan berdasarkan prosedur ketat termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan peraturan dalaman PDRM.
- Insiden berlaku pada 24 November di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal, Melaka, dengan tiga lelaki maut dipercayai ditembak polis ketika operasi dijalankan. PDRM mendakwa ketiga mangsa adalah anggota "Geng Durian Tunggal" yang terlibat dalam rompakan bersenjata.
- Keluarga salah seorang mangsa menafikan dakwaan polis dan menyerahkan rakaman audio kepada pihak berkuasa. Mereka mendakwa tembakan tidak berpijak kepada prinsip "pembelaan diri" serta menuntut siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kalau ada yang terlibat itu (berdasarkan keterangan dan penemuan oleh jawatankuasa), tentulah dalam pasukan polis ini ada pelbagai - ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara, ada pelbagai peraturan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, pada Khamis.
Saifuddin menegaskan, sebagai menteri, beliau tidak akan mendahului proses klasifikasi siasatan di bawah seksyen undang-undang tertentu kerana ia adalah bidang kuasa penyiasat.
Dalam insiden berlaku sekitar jam 4 pagi pada 24 November di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal, tiga lelaki maut ditembak polis ketika operasi dijalankan.
PDRM memberitahu ketiga-tiga lelaki itu adalah anggota “Geng Durian Tunggal”, yang aktif dalam lebih 20 kes rompakan bersenjata dengan kerugian dianggarkan RM1.3 juta.
Media melaporkan Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditembak selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka, menyebabkan anggota polis itu cedera parah di tangan kiri.
Namun keluarga salah seorang lelaki itu mencabar dakwaan tersebut dan menyerahkan rakaman audio berdurasi 13 minit 53 saat, dipercayai dirakam oleh isteri mangsa.
Mereka mendakwa tembakan polis itu tidak berdasarkan kepada prinsip “pertahan diri” dan menuntut siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI).
Sehubungan itu, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk M Kumar mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bukit Aman yang akan mengambil keterangan daripada semua pihak termasuk keluarga mangsa dan anggota polis yang terlibat.
Beliau turut menjanjikan siasatan telus dan profesional bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah langkah yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan siasatan kematian tiga lelaki yang ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka? A: Menteri Dalam Negeri menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat khas di Bukit Aman bagi mengambil alih siasatan dari Kontinjen Melaka, berdasarkan prosedur ketat PDRM.
- Q: Apakah dakwaan yang dibuat oleh PDRM berkenaan dengan tiga lelaki yang mati ditembak polis? A: PDRM mendakwa ketiga mangsa adalah anggota "Geng Durian Tunggal" yang terlibat dalam lebih 20 kes rompakan bersenjata, dengan kerugian dianggarkan RM1.3 juta.
- Q: Bagaimana tindakan keluarga salah seorang mangsa menyokong dakwaan mereka berhubung insiden penembakan? A: Keluarga salah seorang mangsa menafikan dakwaan polis dan menyerahkan rakaman audio berdurasi 13 minit 53 saat kepada pihak berkuasa, mendakwa tembakan tidak berpijak kepada prinsip "pertahan diri".

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

