KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menggesa polis supaya bersifat saksama dan memahami tugas kewartawanan dalam siasatan mengenai laporan pendedahan akhbar The New Straits Times Press (NSTP) membabitkan dakwaan wujudnya ejen perisikan dari Israel Mossad di Malaysia.
Polis sebelum ini memanggil Pengarang Kumpulan NSTP, Farah Naz Karim berhubung artikel yang disiarkan pada Selasa itu.
Beliau menjelaskan, Farah Naz hanya menggunakan kedudukan sebagai pengarang kumpulan akhbar berkenaan dengan membenarkan beberapa siri pendedahan operasi Mossad di Malaysia disiarkan.
"Farah Naz dan akhbar itu seharusnya dipuji atas keberanian dalam mendedahkan operasi tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Tambah Johan lagi, adalah menjadi tanggungjawab seorang wartawan untuk bertindak sebagai mata dan telinga supaya masyarakat tidak terjejas.
"Farah Naz dan wartawan seharusnya diberi kebebasan untuk melaporkan tanpa sebarang rasa gentar atau memihak kepada mana-mana pihak terutamanya apabila melibatkan isu kepentingan dan keselamatan negara.
"Lagipun kebebasan media perlu dipertahankan bagi memastikan perjalanan demokrasi," ujar beliau.
Menurutnya, meskipun laporan itu mengejutkan dan membimbangkan untuk kedaulatan negara, namun hakikatnya bahawa mereka merancang untuk menculik dua rakyat Palestin yang bernilai tinggi di negara ini adalah sesuatu mengganggu.
“Kita adalah sebuah negara yang berdaulat dan tidak ada negara, apatah lagi Israel, mempunyai hak untuk beroperasi dalam keadaan sedemikian.
"Laporan itu juga mendedahkan bahawa Mossad menggunakan penduduk tempatan untuk menculik rakyat Palestin.
“Menteri Dalam Negeri dan polis perlu memastikan orang ramai bahawa operasi rahsia itu sama sekali tidak boleh diterima dan mesti dikutuk,” katanya.
Pada Selasa lalu, akhbar tersebut melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.
Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin dipercayai merupakan aset bernilai tinggi Briged Hamas al-Qassam pada akhir September lalu.
Astro Awani
Wed Oct 19 2022
Johan Jaaffar menggesa polis supaya bersifat saksama dan memahami tugas kewartawanan. - Gambar fail BERNAMA
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Pembinaan semula infrastruktur awam Lubnan akan dipercepat
Tinjauan kerosakan oleh pemegang taruh berkaitan akan dimulakan selepas arahan rasmi kabinet dikeluarkan.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Israel teruskan operasi di selatan Lubnan
Operasi itu antara lain bertujuan melindungi rakyat Israel daripada ancaman pasukan pejuang itu.