KUALA LUMPUR: Dua peguam dan seorang aktivis memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia dan dua yang lain untuk menuntut perisytiharan bahawa siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah tidak berperlembagaan.
Ketiga-tiga plaintif, Nur Ain Mustapa, Sreekant Pillai dan Haris Ibrahim menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.
Mereka memohon untuk perisytiharan bahawa SPRM tidak berhak untuk menyiasat hakim-hakim yang berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.
Mereka juga memohon perisytiharan bahawa pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim mahkamah yang berkhidmat dan siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan adalah bercanggah dengan perlembagaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam mereka Tetuan Malik Imtiaz Sarwar, ketiga-tiga individu itu berkata mereka juga telah memfailkan permohonan untuk merujuk dua soalan perlembagaan berhubung relif yang dimohon ke Mahkamah Persekutuan.
"Kami telah memulakan prosiding terhadap mereka untuk menentukan persoalan perlembagaan yang penting mengenai pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman yang timbul akibat siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan," kata mereka.
Menurut plaintif, mereka berpandangan siasatan terhadap hakim itu adalah satu pelanggaran oleh cabang Eksekutif terhadap kebebasan badan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa.
"Ia adalah perkara sangat penting yang memberi kesan kepada semua orang di negara ini. Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap daripada rakyat akses kepada keadilan, ditadbir oleh badan kehakiman yang bebas daripada sebarang campur tangan.
"Kami tidak berpandangan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kebal daripada siasatan jenayah atau pendakwaan. Seperti kita semua, mereka mesti bertanggungjawab di atas sebarang jenayah yang mungkin mereka lakukan. Bagaimanapun, kuasa untuk menyiasat dan memulakan prosiding jenayah mesti seimbang dengan keperluan untuk memastikan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman," tegas mereka.
Mereka mendakwa perlembagaan menyediakan mekanisme untuk memastikan akauntabiliti hakim dengan cara yang tidak menjejaskan keyakinan orang ramai.
"Mekanisme itu melibatkan aduan yang dibuat secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara dan apabila aduan itu memerlukan penyingkiran seorang hakim, pelantikan tribunal perlu dilakukan untuk menentukan aduan itu. Pada masa sama, hakim berkenaan hendaklah digantung tugas.
"Kami percaya kuasa SPRM untuk menyiasat mesti dibaca, tertakluk kepada mekanisme perlembagaan ini. Pendekatan yang harmoni akan membolehkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman, sambil memastikan hakim itu dipertanggungjawabkan," kata mereka.
Mereka juga berpendapat Kerajaan Persekutuan dan Peguam Negara telah berdiam diri dalam menghadapi penegasan SPRM bahawa ia berhak menyiasat Hakim Mohd Nazlan.
"Sehubungan itu, ia menampakkan bahawa mereka bersetuju dengan pandangan SPRM. Badan kehakiman dibiarkan terkontang-kanting kerana tidak mempunyai kedudukan untuk memohon. Oleh itu kami terpaksa mengikut keadaan untuk menentukan isu-isu perlembagaan penting ini," kata mereka.
Pada 23 April, akhbar The Star menyiarkan laporan eksklusif bahawa Azam telah mengesahkan suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya berikutan laporan rasmi yang dibuat berhubung perkara itu.
Baru-baru ini, Hakim Mohd Nazlan, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April memaklumkan bahawa Mohd Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. - Foto ihsan kehakiman.gov.my
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.
Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.
Keluarga Malcolm X fail saman ke atas FBI, CIA dan polis
Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.
Fadhlina Sidek: Daripada aktivis kepada Menteri Pendidikan
Fadhlina, 45, banyak terlibat dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.
Bintang country, Dolly Parton terima AS$100 juta daripada Jeff Bezos
Parton adalah penyokong berprofil tinggi badan amal dan mengasaskan Yayasan Dollywood.
Siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan: Dua peguam, aktivis saman kerajaan, SPRM
Mereka memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak berhak menyiasat hakim-hakim yang berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.
Rakyat Thailand bantah keputusan mahkamah
Ratusan berkumpul di pusat bandar Bangkok, melemparkan patung menyerupai hakim mahkamah di atas unggun api.
'Alhamdulillah, saya masih hidup, malangnya belum selamat' - Aktivis Palestin
Menurut Afaf, aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya turut terjejas, nmun segala cabaran itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berbakti.