awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/03/2021
15:24 MYT
Siasatan terhadap suami Zeti masih berjalan - PDRM
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi, kata Zainuddin. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis masih meneruskan siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berhubung penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan dalam akaun bank miliknya di Singaura.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan terhadap Datuk Tawfiq Ayman ketika ini dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“PDRM menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai, seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan suatu keputusan.
BACA: Zeti nafi keluarga terbabit skandal 1MDB
"Memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan luar negara, PDRM sedang mengambil langkah susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu malam.
Zeti yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad sebelum ini menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#PDRM
#Peguam Negara
#Bank Negara Malaysia
#Zeti Akhtar Aziz
#Tawfiq Ayman
#zeti aziz
#suami
#Singapura
#akaun bank
#Skandal 1MDB
#bekas Gabenor Bank Negara
#BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan