awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker

Bernama
Bernama
12/03/2020
09:03 MYT
Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker
Persidangan DUN Negeri Sembilan ditangguh. Gambar Sinar Harian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini ditangguhkan, kata Speaker DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.
Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi menilai semula Bajet 2020 negeri yang telah diluluskan hujung tahun lepas susulan perkembangan politik negara yang kini bertukar pentadbirannya kepada Perikatan Nasional.
"Sidang DUN sepatutnya diadakan pada 30 Mac hingga 3 April, tetapi kita tunda kepada 4 hingga 13 Mei depan dengan enam hari tempoh bersidang.
"Penangguhan ini dilakukan bagi memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mengkaji semula pembentangan bajet negeri yang telah dibuat sebelum ini," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Dalam pada itu, Zulkefly turut meminta semua pihak tidak membuat andaian berhubung penangguhan itu. –BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2020
#Negeri Sembilan
#sidang dun
#tangguh
#Zulkefly Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan