NATIONAL
Sidang Kemuncak ASEAN peluang tonjol kemajuan ibu negara - Fahmi

Fahmi (foto) berkata peluang perlu diambil untuk menunjukkan kepada delegasi antarabangsa kemajuan yang sudah dilalui ibu negara. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timbul pertikaian mengenai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dianjurkan di Kuala Lumpur dan bukan di Putrajaya selaku pusat pentadbiran Malaysia.
Ringkasan AI
- Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dianjurkan di Kuala Lumpur dan bukan di Putrajaya untuk memperlihatkan kemodenan ibu negara kepada delegasi antarabangsa, walaupun timbul pertikaian kerana Putrajaya ialah pusat pentadbiran negara.
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengakui persidangan ini mungkin menjejaskan perjalanan harian rakyat dan menggalakkan syarikat swasta membenarkan pekerja bekerja dari rumah sepanjang acara berlangsung.
- Sidang kemuncak kali ini lebih besar berbanding sebelumnya kerana turut merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China, menjadikannya acara serantau yang penting untuk kerjasama ekonomi dan perbincangan isu serantau.
"Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN adalah 10 tahun lalu," kata Fahmi.
Mengulas penutupan enam lebuh raya dan 25 jalan utama di Lembah Klang, Fahmi berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 adalah lebih besar daripada edisi sebelumnya.
“Kali ini kita ada tiga sidang kemuncak yang dijadualkan iaitu Sidang Kemuncak Asean Ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025, dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
“Bukan satu tapi tiga, ini yang membezakan sidang kemuncak kali ini dengan sebelumnya,” jelas Fahmi.
Beliau dalam pada itu memohon agar pelepasan tertentu diberikan kepada para pekerja susulan jangkaan kesesakan jalan raya pada acara julung kalinya itu nanti.
“Pada waktu sama, saya sedar persidangan ini akan menjejaskan perjalanan seharian rakyat seperti keberadaan di tempat kerja.
“Demikian itu, seiring galakan Perdana Menteri, syarikat swasta diharap dapat memberi peluang kepada staf untuk bekerja dari rumah.
"Ini bukan berlaku setiap minggu atau setiap bulan,” ujar beliau dalam Sidang Media Mingguan pada Rabu.
Dalam pada itu, Fahmi turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kementerian Luar kerana meyakinkan pemimpin negara supaya komited menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Persidangan ini penting untuk memupuk kerjasama ekonomi dan membincangkan isu serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami