KUALA LUMPUR:Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) akan berlangsung di ibu negara hari ini, dengan para peserta membincangkan pelbagai isu yang memberi kesan kepada komuniti Islam, di samping berusaha mencari jalan penyelesaian ke arah kesejahteraan ummah.
Persidangan edisi kelima ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berkenan menyampaikan titah diraja pada perasmian persidangan empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu.
Sidang Kemuncak KL bermula malam tadi dengan acara jamuan malam bagi mengalu-alukan kehadiran peserta, di mana Dr Mahathir berkata sidang kemuncak itu diadakan kerana merasakan sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki kehidupan ummah di seluruh dunia.
BACA: Dr Mahathir, Presiden Erdogan adakan perbincangan di Putrajaya
Beliau berharap sidang kemuncak itu akan dapat menetapkan sejumlah inisiatif khusus yang boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih besar kepada umat Islam.
BACA: Raja Arab Saudi gusar Malaysia anjur KL Summit
Peserta sidang kemuncak dengan tema Peranan Pembangunan Dalam Akses Kedaulatan Negara menghimpunkan para pemikir, intelektual, ahli politik, dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Dengan perhimpunan lebih 450 perwakilan daripada 56 negara Islam, isu-isu seperti kebangkitan Islamophobia, pemenjaraan umat Islam di seluruh dunia, penghijrahan besar umat Islam akibat perang sivil, dijangka akan menjadi topik utama perbincangan.
BACA: Emir Qatar tiba untuk Sidang Kemuncak KL 2019
Sidang kemuncak ini akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan, serta teknologi dan tadbir urus internet.
Hampir 800 pengamal media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan persidangan tersebut yang melabuhkan tirainya Sabtu ini.
Bernama
Thu Dec 19 2019
Tun Dr Mahathir bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di majlis makan malam bersama delegasi-delegasi KL Summit 2019. - fotoBERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ke mana hala tuju dunia Islam? - Mohamad Sabu
Malaysia mengharapkan Turki dan Iran bersama-sama dengan Indonesia, Pakistan dan Qatar memainkan peranan awal ke arah penyatuan ummah.
KL Summit 2019: Serba Dinamik tawar penyelesaian teknologi, pacu pembangunan ummah
Cabaran IR4.0 menjadikan negara-negara Islam perlu meningkatkan tahap keupayaan teknologi mereka dalam ekonomi global yang tidak menentu disebabkan kemajuan teknologi yang dinamik.
Malaysia kalau kuat, nak kenakan sekatan ke atas Trump - Tun Dr Mahathir
Sekatan dagangan adalah jenayah, kerana ia beri kesan besar kepada mereka yang berdagang dengan negara berkenaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bila-bila masa Malaysia boleh disekat seperti Iran dan Qatar - Dr Mahathir
Memetik Qatar dan Iran sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, kedua-dua negara itu telah dikenakan sekatan sebelum ini, tetapi masih mampu bertahan dalam era globalisasi masa kini.
KL Summit 2019: 'Adakah siaran anda ke peringkat antarabangsa?' - Tanya Tun Mahathir kepada Astro AWANI
Perdana Menteri berpuas hati dengan laporan oleh agensi berita tempatan dan luar negara sejak hari pertama persidangan itu berlangsung.
Negara Islam kaya perlu gerakkan sumber, bantu negara miskin - Azmin
Keadaan itu terhasil ekoran sumber berkenaan tidak dieksploitasi dengan cekap, serta kadar produktiviti yang bergerak pada kadar perlahan.
'Bukan hanya mengejar syurga, tapi jadikan dunia ibarat syurga' - Maszlee
Maszlee menegaskan ia termasuk menjadikan para pelajar dan penuntutnya bersedia mendepani cabaran global sekali gus mencipta penyelesaian.
Gagal kejar teknologi punca negara Muslim ketinggalan jauh - Dr Mahathir
Kegagalan dunia Islam mengikuti perkembangan arus teknologi bukan Muslim merupakan antara faktor mengapa kebanyakan negara Muslim ketinggalan jauh, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Zakir Naik hadir KL Summit 2019
Penceramah bebas Zakir Naik membuat kemunculan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Dunia Islam ketinggalan dalam arus teknologi - Dr Mahathir
Banyak kemajuan yang sebelum ini tidak terbayang dalam fikiran, telah pun tercapai hasil perubahan arus teknologi masa kini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.