Di sebalik kemewahan sumber asli seperti minyak dan gas yang dinikmati beberapa negara Islam, kadar kebergantungan tinggi terhadap industri berasaskan sumber itu telah menyebabkan terhasilnya keadaan ekonomi kurang membangun (underdeveloped economy).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keadaan itu terhasil ekoran sumber berkenaan tidak dieksploitasi dengan cekap, serta kadar produktiviti yang bergerak pada kadar perlahan.
“Situasi ini telah menyebabkan ketidakstabilan serantau, termasuk jurang perbezaan yang semakin melebar, bukan sahaja di antara negara Muslim dan bukan Muslim, tetapi juga di kalangan negara Muslim.
“Atas sebab itu, kita memerlukan satu rangka kerja yang lebih bersepadu dan inklusif,” tegasnya ketika berucap di sesi plenari, sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019), di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata negara Muslim berpendapatan tinggi diseru menggunakan sumber mereka bagi membantu membangunkan modal insan dengan kemahiran baharu dalam kalangan negara Muslim berpendapatan rendah.
Selain itu, jelasnya lagi, dagangan perlu diperhebatkan lagi bagi menjana ekonomi dan kemakmuran yang lebih besar di kalangan negara terbabit, memandangkan ekonomi orang Muslim dan negara majoriti Muslim telah mencapai ASD6.5 trilion, atau 7.6 peratus dari keseluruhan ekonomi global.
“Dengan kombinasi populasi orang Muslim di seluruh dunia yang menjangka 1.7 bilion, bukan sahaja kita kaya dengan sumber, tetapi juga kaya dengan modal insan.
“Sebahagian besar tenaga Muslim adalah berkemahiran tinggi, dan boleh digerakkan bagi memainkan peranan yang lebih besar dalam isu global.
"Namun, usaha yang sedang dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang melanda Ummah adalah berbeza-beza,” katanya.
Sesi berkenaan, bertemakan ‘Pengagihan Kekayaan - Kemakmuran Bersama’, turut disertai Menteri Dalam Negeri Maldive, Imran Abdallah, Menteri Kanan Pertahanan Singapura Dr Mohamad Maliki Osman, Mufti Perli Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Setiausaha Agung Persatuan Muslim Amerika Syarikat Ousamma Jamal, serta Dr Mohamed Amine Mokra dari Universiti Nasional Kyiv, Ukraine.
Berucap lanjut, Azmin berkata, KL Summit 2019 adalah platform yang penting untuk mengumpulkan sumber Ummah, dalam usaha menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
Malaysia sebagai contoh, kata Menteri lagi, telah bersetuju membangunkan ladang tenusu terbesar dengan kerjasama Qatar, meningkatkan kerjasama dengan Turki dalam bidang pertahanan, serta pembangunan kilang pemasangan Proton di Karachi, Pakistan.
“Ini adalah contoh yang menggambarkan kerjasama rapat, di mana kita boleh mengumpulkan sumber dan kepakaran dari negara Muslim maju, dalam usaha mengecapi prinsip kemakmuran bersama.
“Ia amat penting bagi negara Muslim yang lebih maju, untuk menggerakkan sumber mereka bagi mempercepatkan modal insan berkemahiran tinggi di negara Muslim yang kurang membangun,” katanya lagi.
Menyentuh lebih lanjut mengenai kemakmuran bersama, Azmin berkata, Malaysia telah memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, satu pendekatan ke arah memastikan ekonomi bernilai tinggi, serta mengurangkan jurang pendapatan antara kelas, komuniti, kawasan serta rantai bekalan.
Ini, jelasnya lagi, bagi memastikan pengagihan kekayaan dan perkongsian kemakmuran bersama di kalangan rakyat Malaysia.
Selepas mengusulkan visi tersebut sebagai tema utama Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020), kerajaan turut berkongsi aspirasi sama di platform antarabangsa menerusi sidang kemuncak ini.
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Fri Dec 20 2019
MOHAMED AZMIN: Situasi ini telah menyebabkan ketidakstabilan serantau, termasuk jurang perbezaan yang semakin melebar, bukan sahaja di antara negara Muslim dan bukan Muslim, tetapi juga di kalangan negara Muslim. -Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.