KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bersambung hari ini dengan tumpuan kepada pemilihan Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Datuk Seri Ahmad Maslan dari Barisan Nasional menjadi calon tunggal blok kerajaan bagi mengisi kekosongan jawatan itu dan dijangka dicabar wakil Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang iaitu Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Ahmad Maslan sebelum ini menggariskan 20 cadangan transformasi Parlimen sekiranya dipilih menjawat jawatan itu.
Antaranya ialah cadangan supaya setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan dan Pembangkang disediakan seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pontian itu turut mencadangkan supaya Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dikemas kini agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.
Kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.
Sidang Parlimen membuka tirainya pada Isnin dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat.
Ini merupakan persidangan pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah dalam perasmian pada Isnin bertitah agar semua pihak mengamalkan politik bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa sahaja masalah yang berlaku dalam negara.
Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.
SISI TV PARLIMEN, PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BINCANGKAN
Madiha Abdullah
Mon Sep 13 2021
![Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631513866_TBPARLIMEN.jpg)
Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Gambar fail
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
!['RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang' 'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710826510_tbTeoNieChing.jpg)
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698828994_TBArmizanMohdAli.jpg)
MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan
NADMA turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM741,780 kepada JKM termasuk bagi tujuan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana.
![Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700630590_TBMustaphaSakmud.jpg)
Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM
Perkara itu termaktud dalam peruntukan Seksyen 41 (A), Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.
![Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700110586_RafiziRamli.jpg)
Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi
Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus
![Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700533328_TBDATUKSERIDRISM.jpg)
Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
![Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697690564_HanifahHajarTaib.jpg)
Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah
Keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional.
![Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687066092_AdlyZahari.jpg)
Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF
Sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
![Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696826776_Agong.jpg)
Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.
![25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen 25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660051630_TBWANJUNAIDI.jpg)
25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan.
![Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631513866_TBPARLIMEN.jpg)
Sidang Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker tumpuan hari kedua
Sidang akan bersambung hari ini dengan tumpuan kepada pemilihan Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat.