awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Parlimen: PM Anwar mahu Jemaah Menteri buat persiapan rapi - Fahmi

Bernama
Bernama
08/10/2024
09:15 MYT
Sidang Parlimen: PM Anwar mahu Jemaah Menteri buat persiapan rapi - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet, di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Barisan Jemaah Menteri diminta supaya membuat persiapan rapi dan memahami semua rang undang-undang (RUU) serta usul yang bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen pada 14 Okt ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, memandangkan Belanjawan 2025 bakal dibentangkan pada 18 Okt nanti.
"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, ada dibangkitkan beberapa perkara dari segi persiapan, terutama dalam kalangan para menteri, untuk memastikan usaha bagi menjawab soalan (berkaitan rang undang-undang dan usul) dapat dijawab dengan baik.
"(Ia termasuk) tahap kesiapsiagaan untuk membentangkan sejumlah rang undang-undang serta usul-usul yang mungkin akan dibincang dan dibahaskan," katanya.
Ditanya status persiapan Belanjawan 2025, beliau berkata Jemaah Menteri hanya akan mengetahui maklumat dan inti pati belanjawan pada mesyuarat Jemaah Menteri 18 Okt ini, iaitu pada waktu pagi.
"Di situ kita akan (ada) maklumat mutakhir mengenai beberapa keputusan dan bakal pengumuman (Belanjawan 2025). Ia tertakluk kepada Perdana Menteri dan disahkan oleh Kementerian Kewangan.
"Waktu ini kita ada mendapat sedikit maklumat, tapi ia belum muktamad. Jadi saya tidak ada sebarang maklumat tambahan dan tidak ada spekulasi. Kita tunggu 18 Oktober," katanya.
Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#Sidang Parlimen
#jemaah menteri
#persiapan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan