"Tiada lagi pemberian lesen kepada individu memandangkan permintaannya sudah memenuhi kuota," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Isu ini sudah termaktub di dalam syarat- syarat yang dinyatakan dalam skim teksi 1Malaysia.

Meskipun begitu, Kerajaan telah pun memberikan 1000 permit individu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 24 Mac yang lalu dan dalam perancangan membuat penambahan.

Nancy menjawab pertanyaan ahli parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin tentang janji meningkatkan jumlah permit teksi individu yang akan dilaksanakan.

Selain itu, Nancy turut memberitahu bahawa isu monopoli terutama di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur, KLIA telah pun diselesaikan.

Ini berikutan tiada lagi sekatan teksi dari bandar untuk mengambil penumpang.