Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
Antara projek perumahan mampu milik yang akan diselaraskan di bawah KPKT adalah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, KPKT bakal mengemukakan Kertas Kabinet berhubung perkara tersebut untuk dipertimbangkan dalam tempoh dua minggu yang akan datang.
“Dalam perancangan, KPKT juga akan membuat Kertas Kabinet agar diberikan kelulusan untuk menyelaraskan semua projek-projek perumahan di bawah satu bumbung, termasuk PR1MA, SPNB, PP1M.
“Ada 10 ke 11 agensi perumahan yang ada dalam senarai dan KPKT akan membuat kertas draf untuk diselenggarakan dengan secepat mungkin,” kata Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang dalam sidang media, hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa nama projek PR1MA akan dijenamakan semula kepada Perumahan Rakyat Harapan Malaysia.
Hal ini adalah kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gembira dengan nama ‘1Malaysia’
“Tun M tidak gembira dengan nama ‘1Malaysia’. Hal ini kerana ‘1Malaysia’ disifatkan sebagai satu jenama sedangkan ia merupakan tanggungjawab negara untuk membantu rakyat.
“Oleh itu, Tun M tidak ingin menggunakan ‘1Malaysia’. Inilah antara sebab Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga akan dinamakan semula kepada Bantuan Sara Malaysia,” jelas beliau.
Isabelle Leong
Mon Jun 04 2018

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah), KPKT bakal mengemukakan Kertas Kabinet berhubung perkara tersebut untuk dipertimbangkan dalam tempoh dua minggu yang akan datang. - Foto Astro AWANI/ISABELLE LEONG

AWANI Ringkas: Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat | Denmark hentikan penggunaan AstraZeneca

AWANI Ringkas: Trend jangkitan baharu COVID-19 | Kes meningkat, PKP di tujuh jajahan di Kelantan

NATO undur anggota dari Afghanistan mulai 1 Mei
Pengunduran dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan.

Undur dari Afghanistan: Tiba masanya tamat perang paling panjang - Biden
Pengunduran ini, secara signifikannya, dibuat pada tanggal ulang tahun ke-20 serangan pengganas pada 11 September 2001.

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

"Khabar angin yang tidak boleh diterima," kata peguam Najib kepada Mahkamah Rayuan
Peguam, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Rayuan bukti bekas Ketua Pegawai Eksekutif adalah "khabar angin yang tidak boleh diterima".

1MDB masih mempunyai RM32.3 bilion hutang yang perlu dibayar
1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih mempunyai RM32.3 bilion hutang yang perlu dibayar dengan bon/sukuk matang antara 2022 dan 2039.

Najib minta penyata bank dan dokumen lain dikemukakan dalam perbicaraan kes 1MDB
Najib memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menuntut pihak pendakwaan mengemukakan beberapa penyata perbankan dan dokumen lain.

SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma

Roger Ng akan pulang selepas 1 Jun 2021 untuk hadapi pertuduhan di Malaysia
Ng, 48, berada di New York selepas diekstradisi untuk berdepan pertuduhan yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS berhubung skandal 1MDB.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbicaraan 1MDB: Saksi kontak rapat rakan positif COVID-19, perbicaraan ditangguhkan
Kes perbicaraan 1MDB melibatkan DS Najib Tun Razak ditangguhkan selepas mahkamah dimaklumkan yang saksi pendakwaan ke-10 merupakan kontak rapat kepada seorang rakannya telah diuji positif COVID-19.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan 1MDB
Selepas mendengar hujah, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan penangguhan, namun menetapkan satu tarikh perbicaraan pada bulan April ini.