awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Rakan Dialog ASEAN bermula

Bernama
Bernama
06/09/2023
04:31 MYT
Sidang Rakan Dialog ASEAN bermula
Anwar (dua, kanan) bersama pemimpin ASEAN lain bergambar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia. -Bernama
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi rakyat Malaysia menghadiri kesemua siri mesyuarat pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini, hari ini.
Persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta itu bermula dengan beliau menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-26, dihadiri oleh pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China, Li Qiang.
Ini adalah sidang kemuncak pertama Anwar dengan China dan akan diikuti dengan enam lagi Rakan Dialog ASEAN, iaitu Australia, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.
Pada sebelah petang, beliau akan menyertai pemimpin serantau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (APT) ke-26 yang akan turut dihadiri oleh pemimpin China, Korea Selatan dan Jepun.
Di tengah-tengah pertemuan ini, Anwar juga dijadualkan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala termasuk dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol.
Selepas itu, beliau dan para pemimpin ASEAN akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-11 sebelum menghadiri majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak itu.
Sidang Kemuncak yang diadakan sejak semalam hingga Khamis adalah sebahagian daripada kepimpinan Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sidang rakan dialog ASEAN
#sidang kemuncak
#Pusat Konvensyen Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan