KOTA KINABALU: Usaha mensifarkan sekolah daif dalam tempoh lima tahun menjelang 2029 merupakan antara aspirasi dideklarasikan Jabatan Pendidikan Sabah dalam membina landskap baharu pendidikan di negeri itu.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin berkata sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif, kerana menyedari prasarana sekolah lengkap dan kondusif penting dalam memperkasa pendidikan negeri.
Katanya langkah itu juga signifikan bagi memenuhi kehendak era Pendidikan Abad Ke-21, selain usaha jabatan menoktahkan pencapaian gred purata negeri dalam Sijil Pelajaran Malaysia daripada tahap 5 kepada sekurang-kurang 4.99, yang turut menjadi fokus strategik di bawah landskap baharu pendidikan berkenaan.
"Untuk mencapainya, bukan hanya memerlukan integriti atau kualiti guru terbaik, tetapi juga harus disokong oleh prasarana sekolah yang bagus," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Sabah bertekad melengkapkan kemudahan infrastruktur diperlukan di setiap sekolah di seluruh negeri termasuk menyediakan ruang serta suasana selesa kepada guru-guru dan para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
Raisin berkata penekanan terhadap aspek itu wajar diberi perhatian kerana prasarana sekolah lengkap dan kondusif mampu menyokong peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar menerusi penyediaan bilik khas, makmal sains dan reka bentuk teknologi, makmal sukan serta kemudahan lain mengikut piawaian.
Dalam konteks pembangunan prasarana sekolah di Sabah juga, Raisin berkata pihaknya berazam menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat khususnya di kawasan padat dengan penduduk atau jauh dari lokaliti pekan mahupun bandar.
"Bangunan sekolah yang kondusif, lengkap dan selamat digunakan juga akan dapat memberi jaminan keselamatan kepada setiap warganya semasa berada dalam kawasan sekolah terutama ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau kokurikulum," jelasnya.
Mengulas lanjut usaha mensifarkan sekolah daif di Sabah, Raisin berkata Jabatan Pendidikan Sabah bersungguh-sungguh memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan di mana-mana jua sekolah di negeri ini yang belum lagi masuk dalam kategori skala enam atau tujuh.
"Ini bermaksud bangunan sekolah pada skala satu, dua, tiga, empat dan lima perlu diselenggara bagi memanjangkan hayat bangunan, dan apabila bangunan diselenggara, ini akan membantu memastikan sekolah terbabit tidak masuk dalam skala enam atau tujuh.
"Usaha ini kita buat bersungguh-sungguh mulai tahun ini. Kita harap dalam tempoh lima tahun tiada lagi sekolah daif di Sabah.. Sekarang, sekolah pada skala tujuh telah dikenal pasti dan sebahagian besar kerja-kerja pembaikannya sedang berlangsung dan ia berterusan," katanya.
Pada 18 April lepas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam lawatan kerjanya ke siniberkata 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah telah diselesaikan sehingga kini.
Menurutnya 60 projek pula sedang dalam proses pembinaan dan dijangka selesai tidak lama lagi, manakala baki 60 projek lagi sedang dalam peringkat prabina.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Lokasi Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau di Semporna, Sabah, yang dikelilingi oleh perumahan setinggan. Sekolah tersebut didapati kurang kondusif dan dikategorikan sebagai sekolah daif. - Gambar fail/BERNAMA
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.
PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.
"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.