Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu mungkin berdepan kehilangan tangan kanan selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh.
Semuanya bermula apabila Nor Arif Luqman Nor Azhadi patah tangan selepas jatuh dari tangga setinggi kira-kira 0.4 meter di rumahnya Rabu lalu.
Bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin mendakwa sejurus kejadian anaknya itu dibawa berjumpa bomoh yang tinggal kira-kira 15 kilometer dari rumahnya.
Katanya, tangan anaknya semakin membengkak dipercayai dibalut dengan ketat.
Mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Anak malang itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi, I.C.U. sementara menunggu keputusan samada tangannya itu boleh diselamatkan atau tidak.
Sementara itu Nor Azhadi mengakui redha dengan apa yang berlaku dan tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang keatas bomoh terbabit.
Astro Awani
Mon Dec 17 2012
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.
Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil
Seorang bomoh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.
Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
Bomoh didakwa cabul pesakit
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.
Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.
Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.
Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional
Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.
Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga
Dalam memfailkan saman tersebut, Restrepo mahu Adams membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000.
Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan
Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu.
Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki
Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan'.