DAVID SILVA akan beraksi dalam musim terakhirnya bersama Manchester City pada 2019-20, demikian umum pemain tengah berpengaruh itu.
Silva, 33, dianggap sebagai pemain terhebat dalam sejarah kelab itu apabila membantu mereka memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan empat Piala Liga Inggeris (EFL).
Bagaimanapun, bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu yang tiba daripada Valencia pada 2010, memutuskan kempen akan datang akan menjadi yang terakhir dengan City.
Silva berikrar tidak akan menyertai sebuah lagi kelab Inggeris sebaik kontraknya berakhir.
"Ini adalah (kontrak) yang terakhir," kata Silva kepada pemberita. "10 tahun untuk saya sudah cukup. Ia adalah detik yang sempurna.
"Pada awalnya, kelab menawarkan kontrak dua tahun tetapi saya memutuskan untuk menandatangani satu lagi dan ia berlanjutan sehingga 10 tahun.
"Ia melengkapkan kitaran (karier saya) dan merupakan angka yang bagus. Saya tidak dapat melihat diri saya mewakili pasukan lain untuk menentang City, jadi cukuplah 10 tahun -- itu sahaja!"
City menyapu bersih kejuaraan domestik musim lalu tetapi masih kempunan dengan kejayaan Eropah, tetapi Silva tidak terkilan kerana gagal menjuarai Liga Juara-Juara (UCL).
"Kami masih gagal mencapai matlamat untuk memenangi UCL tetapi jika setiap tahun saingannya seperti musim lalu, maka saya mahu memperbaharui kontrak sekarang juga," katanya.
"Ketika masih kecil, saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan meraih pencapaian seperti ini, jadi saya lebih gembira dengan apa yang telah saya capai dalam tempoh 10 tahun di City.
"Rasa hormat yang ditunjukkan dan layanan masyarakat di Manchester adalah sukar dipercayai. Itulah yang saya gemari, pengiktirafan yang mereka berikan kepada saya.
"Saya kini mempunyai keluarga dan mereka adalah keutamaan. Saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga, saya mempunyai setahun lagi kontrak di Manchester City jadi kita akan lihatlah apa yang berlaku selepas itu."
Keputusan Silva itu pasti akan mengecewakan pengurus The Citizens, Pep Guardiola, yang pada Januari lalu berharap dapat memujuk pemain kreatif berkenaan untuk menandatangani kontrak baru.
Mengakhiri kerjayanya di kelab kampung halaman, Las Palmas, sudah lama dalam perancangan Silva, namun dia menyatakan mereka perlu kembali ke LaLiga agar langkah itu menjadi realistik.
"Bukan China," kata Silva tentang destinasi seterusnya. "Saya tidak tahu. Teman wanita saya yang akan membuat keputusan!
"Saya ingin menamatkan kerjaya di Las Palmas tetapi dalam bola sepak, tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada pasukan dan pemain, saya tidak boleh menyertai Las Palmas untuk bermain dalam divisyen dua."
Astro Arena
Wed Jun 26 2019
Silva, 33, dianggap sebagai pemain terhebat dalam sejarah kelab itu apabila membantu mereka memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan empat Piala Liga Inggeris (EFL). - Gambar fail/REUTERS/Russell Cheyne
Gitar milik John Lennon dilelong pada harga RM13.61 juta
Julien's Auctions berkata, jumlah itu merupakan jualan tertinggi dalam sejarah lelongan barangan kumpulan Beatles.
Tewas buat kali pertama, namun 'semangat berani' Jojo raih perhatian ramai
Jojo terpaksa akur dengan keputusan pengadil yang memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.
Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak
Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.
HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama
Kementerian Sumber Manusia ingin menghasilkan graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara holistik dan mampan.
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
Kerajaan kuat kuasa Perintah Perihal Dagangan 2023 mulai 4 Jun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023 bermula 4 Jun lepas di bawah Akta
TikTok Shop bolehkan pembeli pulang barangan yang dibeli kerana 'ubah fikiran'
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.
Lelaki diserang sawan langgar tiang hospital
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga 1.3 mengalami sawan.
AWANI Pagi: Hari TVET Negara 2024
Bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024, ikuti siaran luar #AWANIPagi jam 8:30 pagi bersama Datuk Norison Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Sumber Manusia.
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Pelajar didakwa pukul pengadil, KFA tunggu laporan penuh
Menurut Farhan, kejadian yang tular tersebut seharusnya tidak berlaku melibatkan kekerasan terutamanya pemain di peringkat akar umbi.
Terkini: Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
Antara barangan yang turut hilang adalah sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.
Cristiano Ronaldo akhirnya berkongsi rancangan persaraannya
Ronaldo berkongsi pandangan tentang rancangan persaraannya, yang masih menjadi topik hangat di kalangan peminat bola sepaknya.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.