awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2023
08:11 MYT
Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan
Shaz Erfan Adril Abdul Jalil, 22, mengaku salah atas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Seorang pelayan bar dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat, Ogos lalu.
Majistret Siti Nora Sharif menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Shaz Erfan Adril Abdul Jalil, 22, selepas dia mengaku salah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun enam bulan bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada Khamis.
Mengikut pertuduhan, Shaz Erfan Adril didakwa dengan niat melakukan khianat dengan menyimbah cecair merah, tampal nota dan pecahkan cermin kereta jenis Honda City yang diparkir di hadapan rumah seorang lelaki sehingga mengalami kerugian sekitar RM1,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Menglembu Impiana Adril antara jam 2 hingga 3 pagi pada 19 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan sama dan memecahkan cermin kereta jenis Honda HRV dan Perodua Alza di lokasi dan masa yang sama pada 26 Ogos lalu.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Kathan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ah Long
#simbah cat
#keputusan mahkamah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan