awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah isteri dengan air panas sebelum tikam perut sendiri

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
22:30 MYT
Simbah isteri dengan air panas sebelum tikam perut sendiri
Masalah kewangan menjadi punca sepasang suami isteri bertengkar sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera dalam kejadian di Kampung Pondo, Pulau Gaya. -Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Masalah kewangan menjadi punca sepasang suami isteri bertengkar sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera dalam kejadian di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, pada malam Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa wanita berusia 40 tahun cedera akibat disimbah air panas oleh suaminya yang berusia 41 tahun sebelum lelaki berkenaan bertindak menikam perut sendiri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, pihaknya menerima laporan yang memaklumkan sepasang suami cedera dan dihantar ke Hospital Quen Elizabeth I oleh orang awam.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran mengenai masalah kewangan yang dihadapi pasangan terbabit.
"Ketika kejadian, mangsa sedang menjerang air di dapur dan berlaku pertengkaran antara keduanya.
"Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan disebabkan gagal mengawal emosi, suspek mengambil cerek air berkenaan dan menyimbah ke arah mangsa sehingga terkena pada bahagian bahu dan tangan kiri mangsa.
"Suspek kemudian mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menikam perutnya sendiri," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
George berkata, hasil siasatan lanjut juga mendapati, mangsa mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya dan berkahwin dengan suspek baru beberapa bulan yang lalu serta tidak mempunyai anak.
"Pertengkaran mengenai masalah kewangan sering berlaku sebelum ini selepas suspek kehilangan pekerjaan.
"Selama berkahwin dengan mangsa, suspek juga dikatakan sering ditendang dan ditampar oleh mangsa apabila bertengkar mengenai kewangan," katanya.
George berkata, mangsa dan suspek kini masih dalam rawatan namun berada dalam keadaan stabil dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 326A dan 309 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#simbah air panas
#George Abd Rakman
#masalah kewangan
#tikam perut sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan