SHAH ALAM: Hasrat untuk memiliki kediaman impian hampir mustahil apabila projek perumahan yang dibangunkan sejak tujuh tahun lalu di Seksyen 30 di sini masih tidak siap.
Peniaga, Ibrahim Mat Nasir, 60, berkata, dia membeli rumah berharga lebih RM400,000 pada tahun 2016 itu kerana ingin memiliki sebuah kediaman lebih selesa untuk keluarganya.
“Setakat ini saya sudah bayar kepada pemaju kira-kira RM100,000 menggunakan simpanan Tabung Haji untuk membeli rumah impian. Sehingga sekarang, kediaman tersebut siap dalam 40 peratus sahaja.
“Sampai bila saya dan pembeli lain kena tunggu? Saya bimbang dengan keadaan sekarang.
"Rumah ini tidak akan siap sebab kerja-kerja pembinaan telah lama terhenti. Bagaimana dengan status rumah ini?” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.
Dakwanya, projek perumahan itu dibina di atas tanah wakaf milik sebuah agensi kerajaan dan kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju swasta.
Katanya, projek berkenaan melibatkan pembinaan 24 unit rumah dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Jelasnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghubungi pihak pemaju, namun maklum balas yang diterima sangat mengecewakan.
“Kami difahamkan syarikat pemaju bankrap. Bagaimana dengan status rumah? Kalau tak boleh siapkan, kembalikan wang yang sudah kami bayar. Kalau tak dapat semua, bayar sebahagian wang yang sudah diberikan pun kami terima.
“Kami juga berharap kerajaan Selangor dapat masuk campur dan bantu semua pembeli daripada dianiaya,” jelasnya.
Nasib sama turut menimpa pesara, Zainol Abidin Sharif, 68, yang membeli rumah semi-D satu setengah tingkat di projek perumahan sama.
Dek kerana teruja untuk memiliki rumah baharu yang lebih selesa, dia sanggup menjual rumah didiami selama ini dan menyewa beberapa tahun sementara projek tersebut siap.
“Apabila projek itu berhenti pada hujung 2017, saya jadi buntu. Rumah dah tak ada, akhirnya saya dan isteri terpaksa tinggal di rumah anak. Sedih memang tak terkata.
“Saya sering berhubung dengan pemaju dan mereka kata akan sambung tapi projek ini tak berjalan juga. Saya lantik peguam untuk keluarkan letter of demand tapi tiada respons.
“Sampai satu tahap, kami buat laporan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya, bahagian Projek Perumahan Swasta Terbengkalai pada awal 2023.
“Setelah berbincang, kementerian nasihatkan pemaju untuk membayar balik kepada pembeli,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 08 2024
Pembeli dakwa projek perumahan di Seksyen 30, Shah Alam yang dibeli gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Simpanan Tabung Haji habis, rumah tak nampak bayang
Dia membeli rumah berharga lebih RM400,000 pada tahun 2016 itu kerana ingin memiliki sebuah kediaman lebih selesa untuk keluarganya.