awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/08/2022
05:00 MYT
Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan
Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejayaan ini adalah hasil usaha polis dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berjaya di tumpaskan. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki dan merampas sejumlah 2,251.69 gram heroin dengan nilai RM22,500 Isnin lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dan tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Katanya, serbuan pertama berjaya menahan seorang lelaki di tempat letak kereta, di Taman Sejati Indah, Sungai Petani pada jam 4 petang.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 42 tahun itu menemui bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 2,251.69 gram dengan nilai pasaran RM22,500.
“Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Wan Hassan, susulan itu satu lagi serbuan dilakukan pada jam 4.55 petang dan berjaya menahan empat lelaki di sekitar kawasan Sungai Petani.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. - Foto PDRM
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. - Foto PDRM
Kesemua suspek berusia 23 hingga 38 tahun itu ditahan dan ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga suspek negatif dadah.
“Polis turut merampas sejumlah wang tunai RM500, barang kemas dan sebuah kereta jenis Honda Civic dimana keseluruhan bernilai RM81,108,” katanya.
Kesemua suspek telah direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Jelas Wan Hassan, kejayaan ini adalah hasil usaha polis dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berjaya di tumpaskan.
Justeru katanya, polis juga sentiasa memerlukan kerjasama serta penglibatan masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di tempat mereka.
Topic Berkaitan
#Dadah
#sindiket
#Wan Hassan Wan Ahmad
#heroin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan