awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket jual bayi: Reman ibu kandung, ejen dilanjut 4 hari

Salim Aziz
Salim Aziz
16/05/2020
06:24 MYT
Sindiket jual bayi: Reman ibu kandung, ejen dilanjut 4 hari
Minggu lalu, enam individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan bayi lelaki berusia tiga bulan di Arau.
Reman ke atas seorang ibu dan tiga ejen yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi di Arau, dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok.
Permohonan sambung reman ke atas keempat-empat mereka dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Terdahulu, keempat-empat mereka yang berusia antara 30 dan 59 tahun, tiba di perkarangan mahkamah pada 9.45 pagi dengan diiringi pegawai polis, sebelum dibawa keluar pada 11 pagi.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media buat waktu ini kerana masih melengkapkan siasatan.
Namun, katanya, satu sidang media akan dilakukan sejurus siasatan selesai.
Minggu lalu, enam individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam pemalsuan dokumen kelahiran dan pemindahan milikan bayi lelaki berusia tiga bulan di Arau.
Mereka termasuk ibu kandung bayi yang berusia 30 tahun, dan seorang lelaki yang merupakan doktor pakar sakit puan.
Bagaimanapun, pasangan berusia 37 dan 36 tahun yang merupakan keluarga angkat kepada bayi berkenaan telah dibebaskan pada Selasa.
Dalam kejadian pada 5 Mei lalu, bayi lelaki berusia tiga bulan didapati 'dijual' dengan nilai RM26,000 kepada keluarga baharunya.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 48 (2) Akta Kanak-kanak 2011 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
Topic Berkaitan
#Arau
#Doktor
#ibu kandung
#jual bayi
#Kangar
#keluarga angkat
#mahkamah
#pakar sakit puan
#pemalsuan dokumen
#pindah milik
#polis
#reman
#siasatan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan