awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket jual sijil sakit palsu termasuk kepada penjawat awam tumpas

Bernama
Bernama
15/08/2014
12:11 MYT
Sindiket jual sijil sakit palsu termasuk kepada penjawat awam tumpas
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.
Polis Shah Alam mematahkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.
Beliau berkata suspek pertama yang bekerja sebagai penghantar surat diberkas di sebuah stesen minyak di Seksyen 19 di sini pada pukul 11 malam, hasil penyamaran seorang anggota polis sebagai pelanggan.
"Penangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Seksyen 18 di sini dan pihak kami berjaya menahan suspek kedua berumur 32 tahun serta merampas beberapa bahan bukti yang digunakan untuk mengeluarkan sijil cuti sakit palsu seperti stamp pad dan buku sijil cuti sakit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.
Azisman berkata siasatan awal mendapati sijil cuti sakit palsu ini dijual oleh sindiket dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 sekeping mengikut sektor pekerjaan.
Beliau berkata pelanggan dalam kalangan penjawat awam akan dikenakan harga lebih mahal berbanding pekerja swasta.
"Kedua-dua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket ini, katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan tipu.-- Bernama
Topic Berkaitan
#MC
#polis
#shah alam
#Sijil sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan