JOHOR BAHRU: Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi ahli scammer berjaya di kesan di Johor.
Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan itu berjaya dihidu Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan di sekitar bandaraya ini baru-baru ini.
Katanya, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya berjaya menahan lima individu pada awal minggu ini bagi membantu siasatan.
"Sekarang ini ada sindiket yang menggunakan (memberi) peluang pekerjaan bila dipanggil temuduga dan sebagainya, diterima kerja dan dibawa ke satu tempat untuk menjadi scammer… (sindiket ini) tak boleh lari, dalam tindakan kita,” kata beliau.
Kamarul Zaman berkata demikian ketika ditemui pada Program Pencegahan Jenayah dan Bual Bicara Ketua Polis Johor bersama pengusaha kilang serta wakil komuniti daerah Seri Alam, Pasir Gudang di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk rekod, sebanyak 1,242 kes penipuan pelbagai jenis dicatatkan di negeri itu sejak Januari hingga Selasa lalu.
Jelas Kamarul Zaman, jenayah itu turut merekodkan jumlah kerugian hampir RM139.3 juta sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, majoriti kes yang dilaporkan menggunakan platform media dan panggilan talian telefon sebagai modus operandi bagi sindiket penipuan.
"Kebanyakan scam yang berlaku di Johor sama sahaja (dengan) di seluruh negara… scam yang ini semuanya melibatkan penipuan yang menggunakan elemen media iaitu media sosial dan sebagainya yang perlu dielakkan oleh masyarakat,” ujar beliau lagi.
Astro Awani
Wed May 25 2022

Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan itu berjaya dihidu polis selepas menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan di sekitar Johor Bahru baru-baru ini. - Gambar BERNAMA

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

AWANI Ringkas: Insiden di plaza tol LDP

Penganalisis ramal OPR boleh cecah 3.0 peratus pada 2023
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi.

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Lebih 70,000 kes jenayah komersial dilapor babitkan kerugian RM5.2 bilion - Acryl Sani
Sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitkan nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Kaum wanita paling ramai jadi mangsa scammer termasuk 'Love Scam' - PDRM
Sebahagian daripada kes 'Love Scam' yang dilaporkan sering menjadikan wanita kesunyian atau sedang mencari pasangan sebagai sasaran.

Dua lagi mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang
Dua lagi rakyat Sarawak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja berjaya dibawa pulang.

Lelaki jatuh balkoni dipercayai dibunuh rakan sindiket
Seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan dan pengedaran dadah maut, dipercayai dibunuh dalam pergaduhan di antara ahli sindiket, di sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Scammer dikesan guna nama Ketua Polis Terengganu
Polis Terengganu mengesan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama ketua polis negeri itu bagi tujuan penipuan.

Hati-hati, sindiket pinjam wang menyamar dalam Telegram di negeri Kedah
Modus operandi terbaharu sindiket berkenaan dikesan kerap digunakan sejak awal tahun di negeri Kedah.

1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan
Sepanjang tahun 2021 pihaknya menerima sebanyak 9,574 aduan berkaitan penipuan menerusi platform e-dagang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM74.08 juta di seluruh negara.

Cemas dapat panggilan 'Ani', RM1.19 juta duit pesara kerajaan sudahnya lesap
Seorang wanita pesara kerajaan kerugian simpanan berjumlah RM1.19 juta, akibat ditipu satu sindiket Macau Scam baru-baru ini.