awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket Macau Scam: Penghantaran pulang 37 rakyat Malaysia dijadualkan secara berperingkat

Bernama
Bernama
26/10/2023
14:32 MYT
Sindiket Macau Scam: Penghantaran pulang 37 rakyat Malaysia dijadualkan secara berperingkat
Kementerian Luar berkata, kumpulan mangsa tersebut dijadualkan tiba di tanah air secara berkumpulan pada 28, 29, 30 Okt dan 1 Nov. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Penghantaran pulang baki 37 orang rakyat Malaysia yang merupakan mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam yang diselamatkan pihak polis Republik Peru sejak 7 Okt akan dilaksanakan secara berperingkat.
Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Khamis, kumpulan mangsa tersebut dijadualkan tiba di tanah air secara berkumpulan pada 28, 29, 30 Okt dan 1 Nov.
Kumpulan pertama seramai tiga orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, melalui penerbangan KLM Royal Dutch Airlines KL 805.
"Dalam masa yang sama, tiga warganegara Malaysia masih ditahan oleh Pihak Berkuasa Peru untuk proses siasatan lanjut berdasarkan undang-undang tempatan.
"Kementerian merakamkan penghargaan kepada kerajaan Peru atas kerjasama baik yang telah diberikan dalam usaha menyelamatkan warganegara Malaysia dan mempercepatkan proses penghantaran pulang mangsa ke Malaysia," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru akan terus memantau perkembangan kes ini dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#pemerdangan manusia
#Peru
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan