GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket warga asing yang bertindak menyamun warga asing yang lain dengan menyamar sebagai pihak berkuasa dalam kejadian di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam serbuan di Jalan Penang, George Town pada 15 November itu, polis menahan sembilan suspek terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan manakala selebihnya warga Filipina termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun.
Katanya aktiviti sindiket berkenaan terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang kerugian sebanyak RM14,800 selepas disamun sindiket berkenaan berhampiran sebuah kedai pengurup wang di Jalan Penang 13 November lalu.
Mohd Shuhaily berkata, sindiket itu mula aktif melakukan jenayah tahun ini dan menyasarkan warga asing sebagai mangsa mereka.
Kesemua suspek warga asing itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.
"Modus operandi mereka ini, suspek akan menahan mangsa warga asing ini mengugut dan menyamun mangsa, suspek menyamar dan mereka memberitahu sebagai penguatkuasa pegawai polis, jadi kalau saya sebut sedemikian bila mereka boleh menyamar pegawai polis maksudnya muka mereka pun macam orang Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di IbuPpejabat Polis (IPK) Pulau Pinang, George Town pada Rabu.
Menurut Mohd Shuhaily lagi, dengan penahanan suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun melibatkan warga asing masing-masing tujuh di Pulau Pinang, dua kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Melaka melibatkan kerugian sebanyak RM42,600.
Dalam serbuan itu juga, polis merampas dua buah kenderaan, wang tunai berjumlah RM6,265 dan mata wang asing berjumlah 5,840 peso, serta beberapa barangan lain antaranya 13 unit telefon bimbit, 33 keping kad bank, baju dan seluar, dua pasport , dua helai peta Pulau Pinang, empat utas jam tangan dan dua utas gelang.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek pula mendapati kesemua mereka negatif dadah, namun suspek warga tempatan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Mohd Shuhaily berkata , kesemua suspek kini direman selama 10 hari sehingga Khamis .
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 23 2022

Mohd Shuhaily berkata, sindiket itu mula aktif melakukan jenayah tahun ini dan mensasarkan warga asing sebagai mangsa mereka. - Foto PDRM

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Sindiket menyamar polis samun warga asing tumpas - Polis Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket warga asing yang bertindak menyamun warga asing yang lain dengan menyamar sebagai pihak berkuasa.