MALAYSIA
Sindiket minyak masak: Reman lelaki bergelar "Datuk" dilanjutkan tiga hari

Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek lelaki berumur 28 tahun itu mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Seorang lelaki bergelar "Datuk" yang disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan 11,050 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi disambung reman selama tiga hari bermula esok.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki bergelar "Datuk" disambung reman tiga hari kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan 11,050 kg minyak masak bersubsidi.
- Suspek berusia 28 tahun disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.
- Operasi penahanan melibatkan KPDN dan Pasukan Polis Marin, turut menahan lapan individu termasuk dua anggota penguat kuasa yang dipercayai terlibat dalam aktiviti counter setting.
Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan menutup muka, tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 9.32 pagi.
Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan dua anggota penguat kuasa antara lapan individu yang ditahan kerana disyaki bertindak mengatur aktiviti counter setting bagi sindiket penyelewengan 11,050 kg minyak masak bersubsidi di sekitar Pasir Mas.
Operasi berkenaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami