KOTA TINGGI: Satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di Johor berjaya dibongkarkan pihak polis menerusi satu serbuan di sebuah premis transit kegiatan penyeludupan berhampiran sungai Bauk dekat Tanjung Belukor, Kota Tinggi pada Sabtu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan pada jam 11 malam itu turut membawa kepada penahanan 13 individu yang disyaki terlibat dalam sindiket.
Katanya, mereka yang ditahan terdiri sembilan lelaki warga asing dan empat lelaki tempatan, berumur lingkungan 18 hingga 62 tahun.
Jelas Kamarul, serbuan hasil maklumat dan risikan bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Perisikan Dan Siasatan Khas Bukit Aman itu.
Anggotanya turut membuat rampasan ke atas 138,000 liter minyak diesel, sebuah kapal tangki dan empat buah lori tangki, disamping sebuah kenderaan serta empat unit pam penyedut minyak dan dua buah set generator dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM14.5 juta.
"Beberapa sindiket lagi akan dibongkarkan dan saya berikan amaran kepada sindiket yang masih beroperasi untuk membuat salah dan gangguan terhadap ketenteraman awam dan menghilangkan hasil negara maka kita akan ambil tindakan secara serius,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di sini pada ahad.
Jelasnya, hasil siasatan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan dihukum mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu katanya, sindiket yang beroperasi sejak sebulan lebih itu aktif mengedar diesel seludup kepada kapal asing untuk dipasarkan kepada industri dan kenderaan yang menggunakan diesel.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Astro Awani
Sun Jul 03 2022

Kamarul Zaman (tiga, kiri) melihat tempat transit penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Berlungkor hari ini. - Foto BERNAMA

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestic.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kursus Pra Perkahwinan | Modul anti rasuah bakal didedahkan kepada bakal pengantin
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), bersedia menambah modul antirasuah dalam kursus pra perkahwinan sejajar dengan usaha yang dilaksanakan Rasuah Busters. Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidin berkata, ia bagi memberi pendedahan kepada bakal pengantin agar sentiasa berwaspada dalam berdepan masalah kewangan selepas berumahtangga.

Mahkamah | Shahrir beli Honda Civic dengan satu kali pembayaran - Saksi
Dua saksi dalam perbicaraan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Ab Samad berkata, tertuduh membeli sebuah Honda Civic Hybrid dan menyelesaikan pembayaran dengan hanya satu cek pada 2013.

Kemalangan | Lima nyaris maut kereta terjunam 30 meter ke dalam gaung
Lima sekawan nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang dalam kejadian jam 3 petang Isnin. Kesemua mangsa berusia 20 dan 21 tahun yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga BLM itu bagaimanapun, mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketirisan LCS | Kerajaan digesa tubuh RCI agar siasatan lebih telus
Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu bagi mendedahkan petualang di sebalik skandal itu serta tindakan sewajarnya dikenakan demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Pindaan Akta | Penunggang p-hailing bakal disyaratkan memiliki GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki lesen memandu vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.

10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stor seleweng diesel di Kg Iran diserbu
Pasukan serbuan berjaya merampas sebanyak 15,000 liter minyak diesel yang disimpan lori tangki dan tong minyak.

Seleweng diesel: Lima ditahan, 12,000 liter diesel dirampas - KPDNHEP
KPDNHEP tumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel dengan merampas 12,000 liter bahan bakar itu dalam serbuan di sebuah stor simpanan haram.

Cubaan dua lelaki seleweng 2,000 liter minyak diesel gagal
Mereka ditahan selepas empat pegawai penguat kuasa mendapati lori dua tan itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Harga RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi RON97 turun lima sen daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 Ogos.

Empat lori bawa diesel bersubsidi tiada dokumen sah dirampas
Semua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 34 hingga 52 tahun yang ditahan kira-kira jam 2 pagi.

Harga runcit petrol RON97 turun lagi 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai (esok) hingga 3 Ogos 2022.

KPDNHEP N.Sembilan tumpaskan kegiatan seleweng diesel
Serbuan pada pukul 1 tengah hari itu turut merampas sebuah lori satu tan, tangki petak dan peralatan untuk kerja pemindahan diesel dengan keseluruhan rampasan bernilai RM55,300.

Harga runcit RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 21 Julai (esok) sehingga 27 Julai 2022.

Dua rentung, van bawa muatan diesel langgar pokok tepi jalan
Dua orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, di sini dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.

Enam individu ditahan cuba seleweng minyak diesel bersubsidi
Enam individu bersama tiga buah lori muatan tiga tan yang diubah suai ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih, Kemaman.