awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket sorok dadah dalam penguli doh roti tumpas - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/11/2022
13:11 MYT
Sindiket sorok dadah dalam penguli doh roti tumpas - Polis
Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan merampas dadah bernilai RM160,00 yang disorok dalam penguli berkenaan. - Gambar/ PDRM
BAYAN LEPAS: Taktik sindiket pengedaran menyorok dadah jenis ketamin dalam penguli doh roti di sebuah syarikat penghantaran di sini, tumpas selepas diserbu Polis Pulau Pinang.
Dalam serbuan jam 7 pagi Jumaat, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan merampas dadah bernilai RM160,00 yang disorok dalam penguli berkenaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil pemeriksaan telah menemui bahan terlarang itu dianggarkan seberat 2.928 kilogram dalam 11 unit penguli berwarna merah dan hijau.
"Berdasarkan risikan, polis mendapati bekalan ketamin tersebut akan dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantaran.
"Selain dadah, polis turut menyita sebuah motosikal jenis CF250 bernilai RM12,000 dan sebuah kereta jenis Proton Persona bernilai RM15,000. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM187,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 10 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#pulau pinang
#penguli doh roti
#syarikat penghantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan