awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket warga asing curi telefon tumpas

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2025
04:15 MYT
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang, kata Hussein. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan dalam operasi jam 12.10 tengah hari pada 25 Januari lalu.
"Dalam serbuan tersebut, sebanyak 13 telefon bimbit berjaya dirampas.
"Lapan daripada telefon tersebut berkaitan dengan kes kecurian yang berlaku di daerah Serdang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Dang Wangi, Cheras dan Sentul.
"Lima lagi telefon masih dalam siasatan lanjut kerana suspek gagal memberikan penjelasan munasabah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Hussein berkata, semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan keputusan saringan ujian air kencing adalah negatif dadah.
Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#sindiket warga asing
#Curi telefon bimbit
#Ketua Polis Selangor
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan