MUAR: Kerajaan Singapura diharap mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, yang telah dikemukakan Kerajaan Negeri Johor dan dipersetujui Kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata apabila kebenaran rentas negeri telah dibenarkan di Malaysia baru-baru ini, ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.
"(Mereka pastinya bertanya) mengapa mereka tidak boleh balik, tak boleh merentas negeri dan negara kita (untuk balik).
"Sama ada (kes) meningkat atau tidak di Singapura ... itu tidak sepatutunya menghalang Singapura daripada duduk berbincang dengan Johor dan Kerajaan Malaysia (berhubung pembukaan sempadan)," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra bersama komuniti pesawah padi Sungai Balang, dekat sini hari ini.
Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula semalam, berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.
Perdana Menteri turut mengumumkan berkuat kuasa semalam rakyat, Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass (MTP) Jabatan Imigresen.
Hasni berkata sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ada memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan Singapura, dan republik itu ada meminta diberikan masa untuk mereka mengurangkan kes positif COVID-19 di negara itu terlebih dahulu, sebelum memulakan perbincangan berhubung pembukaan sempadan.
"(Tetapi) saya berpendapat apa sahaja keadaannya di Singapura, yang penting kita (rakyat Malaysia) dah terima vaksin lengkap. Itu yang lebih penting. Pada saya sama ada kes naik atau turun bukanlah satu isu. Maksud saya Singapura saya percaya mengiktiraf perkara itu (kadar vaksinasi).
"Dengan vaksinasi penuh, kita perlu hidup dengan COVID-19. Jadi saya harap, kalau itu (vaksinasi) dapat diterima, pembukaan sempadan ini akan dapat dibuat," kata Hasni ketika mengulas mengenai sama ada perbincangan pembukaan sempadan sudah dimulakan.
Terdahulu, Hasni memulakan lawatan ke daerah berkenaan dengan melawat bangunan baharu Majlis Perbandaran Muar yang sedang dalam pembinaan dan seterusnya menyertai sesi libat urus bersama kepimpinan Daerah Muar sempena Belanjawan Johor 2022.
Beliau turut melancarkan Program Penjernihan di Parit JPS Sungai Tiram yang merupakan inisiatif 'Low Carbon Society' - Rancangan Tempatan Daerah Muar serta merasmikan Restoran Terapung Komuniti Nelayan Parit Tiram serta melihat penternakan kupang di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata apabila kebenaran rentas negeri telah dibenarkan di Malaysia baru-baru ini, ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu. - Gambar fail
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.