awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura jadi medan pertemuan pemimpin ASEAN, antarabangsa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/11/2018
01:57 MYT
Singapura jadi medan pertemuan pemimpin ASEAN, antarabangsa
Bendera negara-negara anggota ASEAN kelihatan di Pusat Konvensyen Suntec di Singapura, 11 November, 2018, sempena Sidang Kemuncak ke-3 ASEAN yang berlangsung dari 11 hingga 15 Nov. REUTERS
Singapura bakal menjadi medan pertemuan pemimpin-pemimpin dari 10 negara ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 yang bakal membuka tirai secara rasmi pada Selasa.
Selain Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN lain, beberapa pemimpin negara kuasa besar telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke Kota Raya Singa itu.
Memetik kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri Singapura, antara pemimpin dunia yang telah bersetuju hadir termasuklah Presiden Rusia, Vladimir Putin; Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Mereka dijadual menghadiri beberapa lagi sidang kemuncak lain yang diadakan seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33.
Putin dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia Ke-3 sementara Pence pula menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-6, manakala Keqiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China.
Pertemuan pemimpin-pemimpin ASEAN itu dilihat bakal mengukuhkan Rangka Kerja Bandaraya Pintar ASEAN selain mengambil kira pencapaian dan inovasi ASEAN pada tahun ini.
Mereka juga akan membincangkan hala tuju ASEAN dalam membawa 10 negara anggota itu kekal maju lantaran perubahan lanskap geopolitik dan ekonomi semasa.
Para pemimpin ASEAN bersama rakan mereka dari negara lain akan turut sama membincangkan berkenaan rundingan Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada Sidang Kemuncak RCEP Ke-2.
Malah, mereka juga akan bertukar pandangan berkenaan isu serantau dan antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ke-21 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-13.
Turut dianjurkan adalah majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong untuk pemimpin ASEAN dan tetamu dari negara lain seperti China, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan AS selain sarapan pagi tidak rasmi bersama pemimpin dari Australia dan India.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Lee Hsien Loong
#Mahathir Mohamad
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan