Singapura dan Malaysia telah menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut untuk lebih memahami kedudukan masing-masing dalam Perjanjian Air 1962, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar republik itu.
Kementerian itu berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai perbincangan antara Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
"Kedua-dua pihak menyatakan pandangan mereka yang berbeza mengenai hak untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962," kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Semalam, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Perjanjian Air 1962 merupakan satu daripada perkara yang dibangkitkan semasa pertemuan dua hala antara beliau dan Lee.
"Kami telah membangkitkan beberapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontroversi," kata Dr Mahathir kepada sekumpulan media Malaysia pada Isnin.
"Saya berpendapat saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya rasa dari setiap segi, beliau (Lee) agak mudah berurusan.
"Beliau mendengar pandangan saya dan saya rasa beliau lebih bersikap terbuka untuk membincangkan perkara ini berbanding sebelum ini.
"Sebelum ini, mereka hanya menolak semua usaha untuk mengadakan perbincangan semula," katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada Singapura bersetuju untuk menyemak semula harga semasa, Dr Mahathir berkata:
"Mereka tidak menyatakan bahawa mereka bersetuju, tetapi sekurang-kurangnya mereka kelihatan bersedia untuk menyatakan pandangan mereka dan bagi kami untuk menyatakan pandangan kami."
Mengenai langkah berikutnya, Dr Mahathir berkata beberapa pegawai (dari kedua-dua negara) akan bertemu dan berbincang (mengenai perkara itu).
Perbincangan dua hala itu merupakan yang pertama buat kedua-dua pemimpin berkenaan. Ia diadakan di The Istana di sini pada Isnin.
Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan yang luas mengenai isu dua hala dan serantau semasa mesyuarat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
Dr Mahathir disambut Lee dalam Mesyuarat Dua Hala pada lawatan rasminya ke Singapura di The Istana, Singapura, 12 Nov, 2018. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek