awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura perketat langkah rentas sempadan Malaysia

Bernama
Bernama
20/11/2020
13:54 MYT
Singapura perketat langkah rentas sempadan Malaysia
Singapura akan memperketat langkah rentas sempadan susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA:Singapura akan memperketat langkah rentas sempadan susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini.
Menurut MOH, bermula 22 Nov, 11.59 malam, pelawat mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia termasuk transit 14 hari sebelum tarikh, perlu menjalani Notis Duduk di Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan SHN yang ditetapkan.
"Ini termasuk pelawat yang memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan pelawat berpangkalan di Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)," menurut MOH dalam kenyataan.
Singapura sebelum ini telah memendekkan tempoh SHN kepada tujuh hari dan menjalani tempoh itu di kediaman sendiri bagi pelawat dari Malaysia kecuali mereka dengan sejarah perjalanan ke Sabah yang perlu menjalani SHN selama 14 hari di kemudahan ditetapkan.
Dalam pada itu, MOH berkata semua pelawat ke Singapura pada 27 Nov, 11.59 malam yang mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia 14 hari sebelum itu, perlu menjalani ujian COVID-19 Polymerase Chain Reaction (PCR) 72 jam sebelum membuat perjalanan.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR).
MOH turut mengingatkan kepada pelawat mengenai keperluan mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19 sebagai syarat kelulusan memasuki Singapura.
"Ini tidak termasuk pelawat berpangkalan di Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#rentas sempadan
#COVID-19
#Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#Laluan Hijau Timbal Balik
#RGL
#Peraturan Ulang Alik Berkala
#PCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan