awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura serah kontrak kerja sivil pertama projek RTS

Bernama
Bernama
26/11/2020
22:46 MYT
Singapura serah kontrak kerja sivil pertama projek RTS
LTA berkata pembinaan RTS itu dijadual bermula pada suku pertama 2021 manakala perkhidmatan penumpang pada akhir 2026. - Gambar fail
SINGAPURA:Singapura semalam menganugerahkan kontrak pertama daripada dua kontrak kerja-kerja sivil bagi pembinaan laluan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kepada Penta-Ocean Construction Co Ltd yang membabitkan nilai sebanyak S$932.8 juta (S$1=RM3.03).
Menurut kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu di laman sesawangnya, kontrak itu meliputi pembinaan stesen laluan RTS Woodlands North, terowong dan bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Singapura.
Syarikat itu yang ketika ini terbabit dalam pembinaan stesen-stesen Bright Hill dan Orchard di Laluan Thomson-East Coast, sebelum ini melakukan kerja-kerja di stesen Woodlands North serta stesen Bendemeer Laluan Downtown.
LTA berkata pembinaan RTS itu dijadual bermula pada suku pertama 2021 manakala perkhidmatan penumpang pada akhir 2026.
Kontrak kerja-kerja sivil kedua projek tersebut yang merangkumi pembinaan jejambat laluan RTS, akan dianugerahkan pada suku pertama tahun depan.
RTS merupakan perkhidmatan rel menghubungkan Singapura dan Malaysia menerusi terminal di stesen Woodland North di Singapura dan terminal Bukit Chagar di Johor Bahru.
Ia mempunyai kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap laluan tersebut.
Apabila siap kelak, RTS akan meningkatkan lagi aspek kesalinghubungan antara Singapura dan Johor Bahru selain mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#Singapura
#Imigresen
#Malaysia
#kastam
#Sistem Transit Rapid
#RTS
#stesen
#kontrak
#Penta-Ocean Construction Co Ltd
#kerja sivil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan