awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura setuju buka pejabat konsulat di Kuching - Premier Sarawak

Bernama
Bernama
31/10/2023
10:28 MYT
Singapura setuju buka pejabat konsulat di Kuching - Premier Sarawak
Abang Johari berkata, persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura pada Isnin. - Gambar fail
SIBU: Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura semalam.
Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini berkata pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.
"Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura," katanya.
Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia hari ini.
Beliau berkata usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#pejabat konsulat
#Abang Johari Tun Openg
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan