KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, City University Malaysia (City U) bersama Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) menganjurkan program Siri Syarahan Penceramah Terkemuka sebagai inisiatif untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Timbalan Naib Canselor Kanan (Perkhidmatan Korporat dan Kelestarian), Dr Rosnizah Shaari berkata, melalui siri syarahan itu, pelajar secara aktif mencari pelbagai perspektif dan pandangan merentas pelbagai topik yang memberi peluang untuk mencetuskan pemikiran dan perbincangan intelektual.
Pada masa sama katanya, ia juga membuka ruang kepada pelajar-pelajar dan kakitangan kami untuk ke Amerika Syarikat menerusi program pertukaran.
"Siri Syarahan Penceramah Terkemuka kendalian Pengarah Eksekutif MACEE, Curtis Johnson ini untuk turut mendedahkan peserta untuk tampil membincangkan isu-isu baharu, sekali gus membentuk pemikiran kritis.
“Daripada pengalaman yang dikongsi oleh penceramah terkenal, ia akan memperkayakan pengetahuan kepada pelajar dan juga memberi tumpuan kepada pemupukan sifat dan nilai," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.
City U terus melakar sejarah selepas berjaya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila menerima Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2022 sebagai Institusi Pendidikan Tinggi dalam kategori Berdaya Saing
City U mempunyai dua kampus di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan satu pusat pembelajaran di Kota Kinabalu akan terus mengorak langkah proaktif apabila bakal membuka kampus baharu di Cyberjaya pada Januari depan.
Astro Awani
Sat Sep 30 2023

City U bersama MACEE menganjurkan program Siri Syarahan Penceramah Terkemuka sebagai inisiatif untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. -Foto City U
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas
Amerika Syarikat dan Rusia komited akhiri perang di Ukraine
Kata sepakat itu tercapai antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Marco Rubio selepas perbincangan peringkat tinggi yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.