awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam

Bernama
Bernama
07/09/2024
11:35 MYT
Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam
Ling Tian Soon (empat, kanan) berkata pihaknya sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan dalam usaha menangani insiden itu. - Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru akan mengambil tindakan bagi memindahkan sisa kimia tercemar dari Kawasan Perindustrian Tiong Nam ke pusat rawatan, pada kadar segera.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata pihaknya sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan dalam usaha menangani insiden itu.
"Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta hubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di talian 1-800-88-2727 atau Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Johor Bahru di talian 07-2200604, bagi membolehkan tindakan segera diambil.
"Pada masa sama, kita mengecam tindakan pihak atau individu terbabit yang mengambil jalan pintas untuk melupuskan sisa kimia secara haram," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Ling berkata kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara mandatori dan denda maksimum RM10 juta.
Semalam media melaporkan JAS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri menemukan bahan kimia mencurigakan yang dibuang di tebing anak Sungai Plentong di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya, di sini.
Ling dipetik berkata terdapat tumpahan minyak di permukaan sungai itu dan sampel telah diambil serta pembersihan sebahagian tumpahan minyak itu dibuat menggunakan pad penyerap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran sungai
#sisa kimia
#Johor
#Kawasan Perindustrian Tiong Nam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan