KUALA LUMPUR:Isu pembuangan sisa klinikal khas, pelan bendung kegiatan judi tidak berlesen dan bentuk bantuan kerajaan kepada bekas pekerja Malindo Air antara perkara bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara berkenaan menjadi tumpuan Ahli Parlimen menerusi tiga soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam sidang dewan yang memasuki hari kedua.
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengemukakan soalan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air sama ada kementerian bercadang mewujudkan tempat pembuangan sisa klinikal khas di setiap negeri kerana terdapat peningkatan pembuangan sampah seperti pelitup muka dan sarung tangan terutama di Sungai Klang sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada Mac.
Seterusnya, Kesavan Subramaniam (PKR-Sungai Siput) pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan perancangan strategik kerajaan bagi membendung kegiatan judi tidak berlesen agar masalah sosial dapat dikurangkan sekali gus menambah hasil percukaian negara.
Sementara itu, Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Manusia mengenai bentuk bantuan untuk pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta rancangan kementerian bagi memastikan jaminan pekerjaan kepada mereka.
Dalam sesi soal jawab lisan pula, isu berkaitan pencemaran sungai dan isu reformasi sistem penjara susulan COVID-19 dijangka menjadi tumpuan perbincangan Ahli Parlimen dengan beberapa soalan akan diajukan.
Antaranya, Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) bertanyakan Menteri Alam Sekitar dan Air tentang jumlah syarikat yang dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebabkan pencemaran sungai dan menjejaskan bekalan air manakala Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) bertanya kepada Menteri Dalam Negeri mengenai langkah reformasi sistem penjara selepas penularan mendadak COVID-19 dalam kalangan banduan dan staf penjara.
Tumpuan juga dijangka terarah kepada beberapa pembentangan Rang Undang-Undang bagi bacaan kali pertama, termasuk Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020.
Persidangan Parlimen kali ini turut melihat semua Ahli Parlimen dan petugas Parlimen dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19 termasuk memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal di dalam dewan.
Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 berlangsung selama 27 hari dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Dalam sesi soal jawab lisan, isu berkaitan pencemaran sungai dan isu reformasi sistem penjara susulan COVID-19 dijangka menjadi tumpuan perbincangan Ahli Parlimen. - Gambar fail
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Iran nafi diserang Israel, anggap ia propaganda Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti mana yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan bukti kerajaan tangani isu dengan cermat
Saifuddin berkata sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganageraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Warga asing dominasi bekalan sayur: Perlu tindakan menyeluruh
Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.
Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal
Rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan di mahkamah itu perlu dibukukan untuk dijadikan sebagai Jurnal Undang-Undang Anak Negeri.
Organisasi Malaysia sedia terima guna AI generatif bagi perniagaan, operasi - CSM
Kalangan organisasi Malaysia berada di barisan utama dari segi kesediaan menerima guna kecerdasan buatan (AI) generatif untuk menjalankan perniagaan dan operasi masing-masing.