Disebalik gahnya bangunan pencakar langit berdiri megah, kehijauan taman dan prasarana bertaraf dunia, hakikatnya Kuala Lumpur beransur-ansur menjadi medan yang menyesakkan dan kotor.
Mengejar pembangunan pesat nyata ada harga yang perlu dibayar, beberapa kawasan di ibu negara kini beransur-ansur hilang jiwanya berikutan dilanda degenerasi atau kemerosotan nilai-nilai jatinya.
Tinjauan sekitar Jalan Tun Perak, Jalan Tan Siew Sin, Jalan Tun HS Lee dan Lebuh Pudu – berhampiran tempat tumpuan pelancong seperti Dataran Merdeka, Petaling Street, Central Market dan Bukit Bintang – keadaan menyedihkan.
Buat warga tempatan, rungutan mereka merasa tidak selamat dapat didengar saban hari, daripada menjadi saksi kepada penyeluk saku, kepada ragut mahupun rompak berkumpulan.
Jenayah bukan satu-satunya yang membimbangkan. Lorong-lorong belakang yang kelam dipenuhi sampah sarap bersulamkan sarang tikus dan longkang tersumbat.
Namun disebalik bau tengik dan persekitaran yang kotor ini masih ada selera untuk peniaga membuka gerai makanan, dengan dijaga kebanyakkannya oleh warga asing.
Jumlahnya juga bercambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan terutama sekitar Jalan Silang dan bangunan Kota Raya.
Tinjauan Astro Awani baru-baru ini mendapati ramai warga asing menjadikan kawasan persekitarannya sebagai ‘kampung’ mereka.
Suasana sibuk dan sesak sekitar Jalan Tan Siew Sin
Jalan Tun Tan Siew Sin kini berubah wajah, seakan-akan “Little Dhaka" dengan barisan kedai menjual permaidani, cakera padat dan makanan, dengan dijaga oleh warga asing. Ketika ditanya, mereka mengaku digajikan oleh ‘orang tempatan’.
RAMA: Saya saksikan sendiri insiden orang dirompak
Buat pengawal keselamatan C.Rama, 28, Jalan Tan Siew Sin mungkin tidak lagi selamat buat sesetengah orang yang tidak biasa dengan persekitarannya.
“Saya sendiri lihat di hadapan mata mereka yang dirompak, tengah-tengah hari buta. Ramai daripadanya pekerja warga asing,” kata Rama.
SAIFUDDIN: Sudah lali dengan bahaya jalanan
Saifuddin Abdul Moomin, yang memiliki gerai menjual majalah berkata mereka yang berniaga di kawasan itu sedar mengenai kadar jenayah yang tinggi.
“Untuk mereka yang memiliki gerai atau kedai di sini mereka sedar tentang bahaya yang mengundang sekitar jalan dan lorong. Kami tahu cara menjaga diri dan selok-belok keluar masuk.
“Namun sememangya tidak digalakkan buat anak gadis dan mereka yang tidak biasa dengan kawasan ini berkeliaran bersendirian” kata Saifuddin, 56.
Pelajar kolej, S.Theva 22, mengakui dia merasa bimbang apabila melalui kawasan ini.
“Saya merasakan cukup tidak selamat terutama di sebelah malam. Saya sentiasa pastikan ada rakan yang meneman,” katanya.
Buat pensyarah Dr Lim Swee Tin, yang sudah biasa dengan kawasan ini sejak 20 tahun lalu, beliau menganggap kawasan ini ‘menjijikkan’.
“Kawasan ini jauh lebih bersih dari sebelum ini. Hari ini semuanya sesuka hati membuang sampah merata-rata dan anda lihat ramai yang tidur di tepi jalan dan kaki lima,” kata Lim, 60.
“Satu ketika dahulu kawasan ini jauh berbeza. Ia penuh bertenaga dan hidup. Sayangnya semuanya tidak sama hari ini,” akhiri beliau.
Juga baca: http://www.astroawani.com/news/show/hikayat-seorang-gelandangan-1573
Arfa Yunus
Thu Nov 29 2012
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
"Pemandu Myvi tak mabuk pun" - Polis
Hasil siasatan awal, kereta terbabit sedang bergerak terus ke lorong paling kanan bergesel dengan penunggang motosikal yang bergerak di laluan yang sama.
Penutupan sebahagian jalan raya untuk laluan sehala sepanjang Ramadan
Penutupan itu bersempena dengan Bazar Ramadan yang akan beroperasi di Jalan Raja dari 6 Mei hingga 5 Jun.
Perhimpunan ICERD: 6 jalan utama ditutup
Polis akan memantau perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD yang akan diadakan di sepanjang Jalan Raja, pada Sabtu ini.
Lelaki berusia 50 tahun ditahan bawa bayi beli nombor ekor
Suspek berusia 50 tahun tersebut ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas membeli nombor ekor di premis nombor ramalan di Jalan Tun Perak.
Banjir teruk di Jalan Tun Perak
DBKL ketika dihubungi mengesahkan kejadian banjir di Jalan Tun Perak berhampiran stesen Transit Aliran (LRT) Masjid Jamek.
Dua maut dan satu parah, teksi bertembung dengan kereta
Seorang pemandu teksi dan penumpangnya seorang wanita Filipina maut selepas teksi itu bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek di Jalan Tun Perak di sini pagi tadi.
Hikayat seorang gelandangan disebalik wajah kemajuan
Nasib yang sama turut dialami Eng Tek Shoi, 60, menjadikan kaki tangga di pinggir Bangunan Kota Raya sebagai tempat tidurnya saban malam.
'Bukan ibu kota yang ku kenali'
Terkejut rasanya apabila melihat wajah-wajah menyedihkan di beberapa sudut sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.
Sisi gelap dan meloyakan ibu kota dalam mengejar pembangunan
Mengejar pembangunan pesat nyata ada harga yang perlu dibayar, beberapa kawasan di ibu negara kini beransur-ansur hilang jiwanya berikutan dilanda degenerasi atau kemerosotan nilai-nilai jatinya.