Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dikuatkuasakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau menarik perhatian bahawa pindaan ke atas Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem itu telah diluluskan Parlimen pada Mei lalu.
"Ia membolehkan kita melakukan pemotongan markah ke atas pemandu. Kedua-dua sistem dan undang-undang telahpun siap dan kertas Jemaah Menteri sedang diproses.
"Kita akan laksanakan sistem Awas dan Kejara sekali, dan kedua-dua sistem kini dalam proses penggabungan. Kita perlukan sedikit masa lagi untuk mendapat kelulusan Kabinet," jelasnya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan bersempena Aidilfitri 2016, di sini hari ini.
Menurut Liow, kedua-dua sistem itu sepatutnya dilaksanakan pada Mei lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal dan juga kekangan berkaitan Akta JPJ dan pihak polis.
"Kita berharap ia akan memberi impak besar untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Ini satu langkah ke hadapan di mana banyak negara telah melaksanakan sistem-sistem seperti ini.
"Kita tidak boleh ketinggalan dalam usaha mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya," katanya.
Mengenai Ops Bersepadu, Liow berkata aktiviti penguatkuasaan JPJ akan bermula pada 29 Jun hingga 13 Julai 2016.
Terdahulu dalam ucapannya, Liow mengumumkan larangan ke atas kenderaan membawa muatan tertentu akan dikuatkuasakan JPJ dan polis sebelum Aidilfitri pada 2 dan 3 Julai, dan selepas perayaan pada 9 dan 10 Julai ini.
Beliau turut memberitahu bahawa had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri diturunkan 10km/j bagi tempoh 30 Jun hingga 13 Julai.
"Sehubungan itu, had laju bagi jalan persekutuan turun kepada 80km/j daripada 90km/j manakala bagi jalan negeri ia turun kepada 70km/j daripada 80km/j," katanya.
Bernama
Mon Jun 27 2016
"Kerajaan tidak boleh ketinggalan dalam usaha mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya". - Liow
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.